Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 20, 2016

Lantak komelah PAS - PKR, sendiri cari masalah dengan membentuk kerjasama PKR - PAS

Dah PH dibentuk...pas tu dok nak bela lagi PAS konon nak selamatkan kerajaan PR Selangor

Pas mahu kerusi Parlimen dikembalikan
WARTAWAN SINAR HARIAN - 20 APRIL 2016
Mohd Helmi (dua, kiri) pada sidang media, kelmarin.

ALOR SETAR - Pas kawasan Kuala Kedah mahu kerusi Parlimen Kuala Kedah yang disandang PKR diserahkan kembali kepada parti itu untuk ditandingi pada PRU14 akan datang.

Ketua Penerangannya, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata, hasrat itu disuarakan akar umbi melalui mesyuarat cawangan yang telah berlangsung, di mana lebih 70 peratus cawangan mengemukakan usul itu untuk dibahaskan pada Mesyuarat Agung Pas kawasan Kuala Kedah ke-42, 22 April depan.

“Terdapat 92 cawangan bawah Parlimen Kuala Kedah di mana hanya 30 peratus belum bermesyuarat. Kebanyakan usul yang dibawa oleh cawangan bersetuju supaya Pas kembali bertanding di kerusi parlimen Kuala Kedah,” katanya, pada sidang media, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Urusan Ulama Pas kawasan Kuala Kedah, Abd Azid Hussin serta wakil muslimat dan pemuda kawasan Kuala Kedah.

Mohd Helmi yang juga Pengerusi Usul Mesyuarat Agung Pas kawasan Kuala Kedah berkata, berdasarkan maklum balas diterima daripada cawangannya, mereka sepakat mahu usul berkenaan dibahas untuk diluluskan bagi membolehkan Pas kembali bertanding di kerusi parlimen Kuala Kedah (P10).

“Peringkat pimpinan perlu beri perhatian kepada suara akar umbi ini. Apabila sebahagian besar cawangan kemukakan usul sama, ia menunjukkan kesepakatan dalam isu ini yang nekad mahu Pas kembali bertanding.

“Ada rungutan, banyak masalah di parlimen ini seolah tidak didekati penyandang wakil rakyat terbabit, tambahan pula tiga kerusi Dun; Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor dimenangi Pas sebelum ini, menyebabkan kami yakin mampu kekalkan kemenangan pada PRU14,” katanya.

Mohd Helmi berkata, P10 pernah ditandingi Pas dan menang pada 1999, sebelum kerusi itu diserahkan kepada PKR bermula tahun 2008.

“Kami mempunyai rekod baik di semua kerusi bawah parlimen Kuala Kedah, sebab itu Pas bersedia ambil kembali P10 memandangkan ada desakan akar umbi yang melihat parti itu lebih bersedia pikul amanah berbanding parti sedia ada,” katanya.

Menurutnya, hasrat ini akan dikemukakan kepada Pas Kedah sebelum ia dibincangkan di peringkat Pusat berikutan agihan kerusi bertanding diputuskan di peringkat jawatankuasa Pusat

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa