Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 22, 2016

Alaa...kerajaan mana-mana pun sama jer. Pemandu teksi ubah sikap dulu jangan salahkan saingan!

Teksi akan terbela jika ubah kerajaan, pesan pembangkang

 | April 21, 2016
Ahli Parlimen Shah Alam berkata nasib para pemandu teksi akan hanya didengari kerajaan baharu
Khalid-Samad_teksi_600
PETALING JAYA: Tunjuk perasaan pemandu teksi di Selangor hanya menyusahkan rakyat, sebaliknya langkah yang lebih baik adalah menukar kerajaan, kata parti pembangkang hari ini.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata pihaknya yakin kerajaan akan mencari jalan untuk mengelak daripada bertindak keatas aduan pemandu teksi yang tertekan dengan persaingan daripada Uber dan Grab.
“Kerajaan akan beroperasi seperti biasa dan penyelesaian yang diinginkan tidak akan tercapai,” ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu kepada FMT.
Beliau berkata demikian merujuk kepada perbincangan dalam kalangan pemandu teksi Selangor yang mahu ‘merehatkan’ operasi selama tiga jam sebagai membantah ketidakpedulian kerajaan keatas aduan mereka.
Khalid bersetuju dengan Presiden Persatuan Teksi Giant Seksyen 13, Khalil Ali bahawa rakyat Malaysia hanya bertindak balas pada tunjuk perasaan.
Namun beliau menambah, para pemandu perlu sedar sebarang tunjuk perasaan tidak akan membawa perubahan yang besar selagi mana kerajaan yang sama terus memerintah.
“Jalan terbaik yang boleh diambil pemandu teksi adalah membantu rakyat menyedari perlunya menukar kerajaan, kerana mereka, sebagai pemandu teksi, sangat mempengaruhi penumpang mereka

# Tengoklah Kerajaan PAS Kelantan. Dulu sebelum tahun 1990 semasa kempen bukan main dengan janji yang molok-molok dan bersih mengikut Islam. Sekarang apa jadi.........semuanya main taik!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa