Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 25, 2016

Benarkah: Sekiranya PRN diadakan di Terengganu, PAS yakin akan menang selesa?

Terengganu sedia hadapi Pilihan Raya Negeri selepas Sarawak

Terengganu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana di samping kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.

Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu. Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.

"Possible (mungkin)," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas apa yang berlaku di negeri ini.

Jumaat kelmarin, Menteri Besar Ahmad Razif hilang semua anugerah kebesarannya apabila Istana Terengganu murka kepada beliau dan meminta agar semua anugerah itu diserahkan.

Ia berlaku ketika tidak ada pihak yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu apabila tiga Adun Umno yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dikatakan menjadi Adun Bebas.

BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

8 Mac lepas, Ahmad Said mengemukakan usul tidak percaya kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman namun usul itu ditolak oleh Speaker dari dibahas apatah lagi diundi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengarahkan Adun-adun PAS agar jangan masuk campur dalam isu ini (tidak menyokong usul Ahmad Said) manakala jentera PAS Terengganu pula diminta bersedia untuk hadapi pilihan raya.

Menurut Bernama, Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.

Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.

"Walaupun kali ini Pas bersendirian tanpa PKR dan DAP, dengan keadaan UMNO dan BN yang makin celaru ini, kita yakin kita boleh menang dengan selesa sekali gus menawan semula Terengganu.

"Kita telah keluarkan arahan agar jentera di peringkat tertinggi hingga peringkat paling bawah bersiap sedia," katanya yang juga Adun Bukit Tunggal ketika dihubungi Bernama 18 April lepas.

PAS juga sedang menghadapi masalah untuk menang kerana parti itu berpecah membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas pemimpin progresif dan profesionalnya ditewaskan secara blok dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Walaupun PAS Terengganu masih kuat tetapi sebahagian ahli mereka sudah meninggalkannya untuk menyertai Amanah.

Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sudah meninggalkan PAS dan menjadi Pengerusi AMANAH negeri Terengganu.

Beliau disertai oleh beberapa bekas Adun PAS manakala beberapa Adun PAS sekarang dikatakan menyokong Amanah secara diam-diam.

Umno juga berpecah di Terengganu. Ahmad Said dan rakan-rakannya dikatakan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berkempen mahu Datuk Seri Najib berundur dari kerusi perdana menterinya. - akramin_84

3 comments:

  1. Pas kukuh?
    Jangan berangan la hadi woiii..
    Ko ingat Amanah nak bagi ko menang free ker?
    Agak2 3 penjuru ko boleh menang ker??
    Keh3

    ReplyDelete
  2. setelah menyombong membangga diri berasa sangat kuat dan tak perlu pertolongan x pr...hadapi la dengan sendiri..atau bersama ikatan parti gabungan blok ke 3..
    kalau nak senang...bergabung je ngan bn..kan lagi bagus...

    ReplyDelete
  3. diharapkan PRN tidak berlaku di Terengganu dan minta2 yang akan berlaku ialah kerjaan UG dimana selama ini di RATIB oleh peminpin ulamk Pas sehinggakan rakan2 seperjuangan dan Pakatan Rakyat hancur,kini biar benar2 berlaku gabungan Pas dan Umno mentadbir Terengganu biar rakyat tahu tujuan tersemunyi Hadi selama ni dan apa jawatan yang akan diperolehi Hadi.sama2 kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa