Henti lantik pemimpin `luput tarikh’ kepalai GLC – Anina
Ali yang ditolak rakyat di kawasannya tidak layak untuk mengepalai Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atas tiket UMNO.
PETALING JAYA : UMNO seharusnya menghentikan sikap mengangkat pemimpin yang `luput tarikh’ daripada mengepelai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin berkata, Mohd Ali yang ditolak rakyat di kawasannya tidak layak untuk mengepalai Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) atas tiket UMNO.
“Tiada seorang pun rakyat Malaysia layak digelar sebagai pengkhianat selama mana dianya bercakap demi kebenaran untuk 30 juta rakyat Malaysia dan anak cucu mereka.
“Sesiapa sahaja yang menyokong (Datuk Seri) Najib Razak akan ditolak rakyat jelata dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Anina dalam pada itu turut menyifatkan pemimpin UMNO yang ditolak rakyat dalam pilihan raya seperti Ali akan menggunakan teknik `menjilat’ Presiden sebagai talian hayatnya supaya kelihatan relevan dalam parti.
Sebelum ini, Ali dilapor menyatakan bahawa pemimpin UMNO yang menentang Perdana Menteri tidak layak mewakili parti itu untuk bertanding pada PRU akan datang.
Kenyataan Ali itu ditujukan kepada Timbalan Presiden UMNO yang digantung di dalam parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
sbb itu org2 yg telah direject oleh rakyat dan sedar mrk tak disukai rakyat kuat sgt mengampu bos najib. cukup2 la, duit kamu pun dah bermillion2. buat la kerja yg berfaedah dan menguntungkan rakyat, bukan jg anak beranak cucu cicit sj
ReplyDelete