Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 30, 2016

Azalina kata orang tak sokong pun tadak masalah!

'Saya tak ada masalah orang tak sokong'
MASTURAH SURADI - 29 APRIL 2016
Datuk Seri Azalina Othman Said Datuk Seri Azalina Othman Said

KOTA TINGGI - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman menyifatkan tindakan Umno cawangan dalam bahagian tersebut yang membawa usul menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti bukan satu isu baharu.

Beliau yang juga merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, demokrasi yang diamalkan dalam negara ini tidak menghalang bantahan tersebut yang mana turut berlaku di bahagian lain.

"Setiap bahagian ada bantahan sebab kita amalkan demokrasi. Selalunya ia berlaku kesan dari pemilihan bahagian. Yang tak menang berdendam, yang menang sokong.

"Saya tak ada masalah orang tak sokong.. saya tidak akan anak tirikan cawangan. Bagi saya, seorang yang tak sokong ramai lagi di bawah yang menyokong.

"Saya ahli parlimen yang profesional, kalau tak sokong sebagai pemimpin Umno boleh cabar saya. Biar ahli parti yang tentukan kesinambungan saya sebagai ketua bahagian, biar ahli parti yang menilai," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada pesakit hemodialisis di kawasan Parlimen Pengerang, pagi tadi.

Selasa lalu, persidangan tahunan Umno Cawangan Felda Semenchu meluluskan usul menyokong penuh pendekatan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Najib berundur daripada menerajui Umno dan Barisan Nasional (BN).

Usul berkenaan juga menolak Azalina sebagai calon BN dalam Pilihanraya Ke-14 dan mahu calon lain ditampilkan. Usul sama bagaimanapun menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Azalina berkata, beliau tidak hairan sekiranya ada suara-suara sumbang dalam cawangan dalam bahagian itu.

"Bagi saya ini suara lama, jadi tidak ada isu baru. Tapi apa yang saya tidak boleh terima Deklarasi Rakyat, mereka bawa Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz datang ke Pengerang seolah-olah nak buat pemutihan Umno semula. Bagi saya Datuk Seri Najib tidak ada dosa dengan ketua cawangan berkenaan.

"Bagi saya apa yang mereka lakukan kepada Datuk Seri Najib terang-terang salah. Tak sokong saya tak ada masalah. Tetapi kalau nak guna platform ini ‎kerana nyamuk, bakar satu kelambu saya tidak setuju," katanya lagi.

Tambahnya, melalui mesyuarat Umno Bahagian yang diadakan pagi tadi juga telah memutuskan untuk memanggil cawangan terlibat untuk mendengar penjelasan mereka.

Beliau berkata, sekiranya penjelasan diberikan tidak memuaskan, Umno Bahagian akan menyerahkan perkara itu kepada lembaga disiplin untuk tindakan lanjut

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa