Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 28, 2016

Pencipta hantu mungkin akan berkubur!

Generasi muda utamakan kawan berbanding kaum – tinjauan
 | April 28, 2016
Perkara itu didedahkan menerusi siri kedua kajian CENBET yang membabitkan 1,056 penduduk di Semenanjung Malaysia.
chenbet
PETALING JAYA: Meskipun rasisme dikatakan semakin mencengkam Semenanjung tanahair, tinjauan Centre for Better Tomorrow (CENBET) memberi beberapa petunjuk memberangsangkan untuk masa hadapan kepelbagaian kaum.
Tinjauan itu mencerap maklum balas daripada 1,056 responden di kawasan bandar dan luar bandar Semenanjung Malaysia, dari Pulau Pinang dan Pantai Timur hingga ke Johor.
Dibahagikan mengikut empat braket umur (18-25, 26-35, 36-45 dan 56 ke atas), tinjauan dibuat secara rawak, bersemuka dan berdasarkan penilaian kendiri kecenderungan perkauman responden.
Dari segi hubungan kaum, 42% dalam kalangan braket umur pertama (18-25) dan 31% (26-35) daripada braket umur kedua mendahulukan kawan berbanding kaum, manakala 49% dan 56% daripada braket umur yang sama memilih kawan tanpa melihat warna kulit.
Kecenderungan itu ditunjukkan meskipun 30% dan 31% daripada braket umur yang sama mengakui ada unsur-unsur rasisme dalam diri mereka.
Malah, 49% dan 38% daripada braket umur yang sama bersetuju Malaysia berada di ambang pergaduhan antara kaum.
“Kajian ini diharap dapat membantu kerajaan untuk merangka dasar dan kemudian menilai pelaksanaan satu-satu dasar itu,” kata Presiden CENBET, Gan Ping Sieu.
Tren mendahulukan insan berbanding kaum turut ditemui dalam dinamik ekonomi dan politik antara kaum.
Warna kulit bukan faktor dalam penilaian penganugerahan projek, pengambilan kakitangan baharu dan langganan perkhidmatan buat 88% daripada braket umur pertama dan 82% daripada braket umur kedua.
Hanya 9% dan 15% daripada braket umur yang sama mengambil kira faktor warna kulit.
Ditanya sama ada dasar berasaskan kaum relevan atau tidak, 45% daripada mereka yang berumur 18 ke 25 tahun dan 51% mereka yang berumur 26 ke 35 tahun mengatakan tidak.
Rata-ratanya sedia memilih wakil rakyat daripada kaum berbeza (63% dan 55%), dan 26% daripada braket umur pertama dan 21% daripada braket umur kedua sedia menerima bukan Melayu sebagai Perdana Menteri.
66% dan 70% dalam kalangan braket umur yang sama menolak.

# Maknanya momok yang dicipta UMNO sudah tidak digeruni lagi oleh generasi muda dan pencipta hantu mungin akan berkubur!

1 comment:

  1. Semuga mekanisma bagi menjayakan kefahaman for better tomorrow dapat dibentuk utk mencapai hasrat rakyat dan negara yg mencintai kedamaian serta kemajuan terlaksana.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa