Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 22, 2016

Kisah balak Kelantan lagi!

JKOAK rayu hentikan pembalakan hutan di Kelantan

 | April 22, 2016
Dendi berkata, pekerja syarikat pembalakan mengugut akan membawa polis dan tentera, jika pihaknya terus cuba menghalang mereka daripada menebang pokok-pokok
pembalakan_kelantan_60
PETALING JAYA: Kaum Temiar merayu pihak berkuasa dan orang ramai berganding bahu menghentikan pemusnahan hutan di Kelantan.
Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan (JKOAK), Dendi Johari berkata, sebuah syarikat pembalakan mendakwa mendapat kelulusan Menteri Besar Kelantan untuk menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan hutan seluas 400 ekar di Kampung Berig, dekat Gua Musang.
Manakala sebuah lagi syarikat pembalakan mendakwa memperoleh konsesi pembalakan di tanah seluas 100 ekar di Kampung Jader, dekat Gua Musang.
“Kami telah cuba menghalang pencerobohan pembalak-pembalak itu, tetapi gagal. Pekerja syarikat pembalakan mengugut akan membawa polis dan tentera, jika kami terus cuba halang mereka daripada menebang pokok-pokok.
“Setiap hari, kita menangis melihat beratus-ratus pokok berdiameter setinggi seorang lelaki dibawa traktor dan lori. Banyak tumbuhan dan pokok telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, aktiviti pembalakan itu adalah punca banjir besar melanda Kelantan, dua tahun lalu, manakala tahun ini, negara berdepan cuaca panas melampau dan musim kering.
“Sungai kami telah dicemari mendapan daripada penarahan bukit dan ladang kelapa sawit. Ramai kanak-kanak dan orang tua jatuh sakit, selepas meminum air sungai yang tercemar,” katanya.
Sehubungan itu, beliau merayu orang ramai turut serta dalam usaha melindungi khazanah sumber asli yang menjadi milik rakyat Malaysia, demi manfaat bersama.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa