Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 19, 2016

Subky harap PAS tidak bunuh diri!

*MOGA-MOGA PAS TIDAK BUNUH DIRI*

SUBKY LATIF

BEBERAPA bekas pemimpin, justeru sayangnya pada PAS, sama ada meninggalkan PAS atau sekadar berjauhan dengan PAS, mengingatkan PAS supaya tidak terperangkap dalam politiknya menyisih diri daripda kumpulan pembangkang popular negara.
   
Politik pasca Langkah Kajang dilihat PAS tidak profesional dalam politiknya, ia tidak ngam lama dengan PKR dan putus tahaluf dengan DAP. Sekalipun tahaluf dengan PKR belum batal tetapi tidak berapa ngam lagi.
   
Punca retak PAS dikatakan tidak 100 peratus anti Umno BN dan Najib dan bertegas mengemukakan RUU355 sebagai usul persendirian sekalipun ia ditolak Pakatan Rakyat. Dalam perang mulut itu PAS terasa ia dihina.
   
Apabila Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, dan parti bekas pemimpin menggantikan tempat PAS, ia menolak jemputan PKR menyertainya kerana dalam pakatan baru itu ada DAP dan parti baru serpihan PAS.
   
Apabila Dr. Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat tidak percayakan Najib ia enggan menandatanganinya dan apabila Dr. Mahathir bercadang membentuk  parti baru bagi melebarkan lagi pakatan pembangkang yang ada, PAS lebih suka menjauhkan diri.
   
Maka orang-orang yang sayangkan PAS tetapi menjauhkan diri dari PAS mengingatkan PAS supaya jangan terperangkap dengan politik barunya yang mereka kira sempit dan disamakan seperti membunuh diri.
   
Ia dirasakan PAS akan rugi besar dalam PRU14 nanti jika bersendiri, bahkan Kelantan boleh terlucut. Mereka sarankan agar PAS kembali kepangkuan pembangkang apalagi ia akan digalak lagi dengan penampilan penyokong Umno anti Najib.
   
Tiada nampak PAS tertarik dengan perkembangan baru yang disertai oleh Mahathir dan Muhyidin itu. Ia rela bersendirian supaya ia bebas memperjuangkan cita-citanya sekalipun ia tinggal seorang di Parlimen selepas PRU14 nanti.
   
Mungkin apa yang diramalkan itu adalah nasib yang PAS tempah sendiri – kosong di Parlimen dan hilang Kelantan. Ia sedia bertanggungjawab atas apa jua gara-gara politik bersendiriannya. Tetapi jika satu kerugian, ia juga boleh merugi semua yang mencercanya.
   
Jika PAS kecundang, barang yang dijauhkan Allah, Tetapi ia tidaklah menguntungkan orang yang meninggalkan PAS dan mencerca PAS.
   
Orang yang melarikan kerusi yang dimenangi melalui PAS dipercayai tidak mungkin berada di Parlimen lagi selepas PRU nanti. Bolehlah dikira MP Tumpat, Kuala Krai, Shah Alam, Parit Buntar adalah dalam perkhidmatan terakhirnya di Parlimen.

Bahkan semua Adun yang lari itu tidak pula boleh diselamatkan oleh politik terbukanya. Malah MP Pokok Sena juga mungkin sedang berpolitik bunuh diri.
     
Ketika Pusat Dagangan Dunia New York diserang dulu, PM Mahatahir tidak terus menyalah penyerang tetapi mahu Amerika dan dunia mengkaji puncanya. Dan jika PAS terperangkap dengan politiknya lalu merugikannya, tidak wajarkah semua mengkaji puncanya.
   
Jika PAS berpolitik bunuh diri, janganlah fikir sekalian yang memencil dan memerangkap PAS tidak terperangkap dengan politik berpandangan jauhnya?
 
Sekutu PAS dulu mungkin tiada tanggungjawab untuk menjaga kepentingan politik PAS, tetap reaksi PAS terhadap politik mengepungnya dalam pakatan pembangkang itu sama sekali tidak menjaga kepentingan politik masing-masing.
   
Paling malang ialah orang yang melarikan diri. Jangan fikir melarikan diri itu menyelamatkan diri. PAS yang terperangkap itu akan dapat dibangunkan semula. Tetapi yang melarikan diri hendak ke mana?
   
*Jika PAS dirasakan silap, tidak dihalalkan ia ditinggalkan. Tetapi bersabar membetulkannya dari dalam. Kambing yang lari selalunya diperhatikan oleh sang serigala.*

HARAKAHDAILY 29/7/2016

3 comments:

  1. Macam mana kalau PAS sendiri mengundang serigala malah bergerombolan harimau ke dalam kandang? Atau sengaja menjadikan PAS seperti ayam daging dalam perjalanan ke pusat sembelihan? Jadi mana lebih selamat yang kekal atau yang lari?

    ReplyDelete
  2. Bukan ke geng ularmak yg halau depa2 ni dari PIS

    ReplyDelete
  3. Kapal nak karam akibat ditebuk oleh sang kapitan yang mabuk...tak kan anak kapal tepuk tangan dan bersorak??? Langkah yang baik...cari pelampong dan cabut lari le...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa