Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 16, 2017

Aiik....ada apa lagi, kan PAS dah tutup pintu bersyarat?

Tun Mahathir jangan bersikap 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan mahu menumbuk'
Februari 15, 2017 17:14 MYT
Tun Mahathir jangan bersikap 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan mahu menumbuk'
Tun Mahathir (gambar) sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya tidak bersikap 'sebelah tangan mahu bersalam, sebelah tangan lagi mahu menumbuk' dalam membincangkan kerjasama antara parti itu dengan PAS.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau melihat cara bekas Perdana Menteri itu tidak akan berjaya 'memujuk' PAS untuk kembali menyertai pembangkang dalam Pakatan Harapan.

"Cara dan kenyataan Tun Dr Mahathir ini tak membantu. Kalau nak bincang buat cara nak bincang. Jangan dalam masa yang sama hulur (sebelah) tangan (untuk bersalam), masa sama (sebelah tangan lagi) tumbuk," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Dr Mahathir sebelum ini memberi tempoh selama sebulan kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan, namun PAS memutuskan untuk tidak menyertai pakatan berkenaan kerana ia turut disertai oleh DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau kemudiannya menyelar tindakan PAS dan mendakwa parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata jika Dr Mahathir merasakan PAS tidak efektif dan hanya membebankan Pakatan Harapan, maka cara terbaik adalah setiap parti membawa hala tuju masing-masing.

"Kita (PAS) dah lama duduk bersendirian dan kalau Tun (Mahathir) rasa PAS tak efektif, tak perlulah dia minta kita masuk dalam Pakatan Harapan.

"Sebab kalau kita masuk, kita akan menyusahkan dia pula kerana dia kata kita tak efektif, kita tak boleh bantu ahli... jadi kita bawa jalan masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata tiada mana-mana pihak boleh memaksa PAS untuk membuat keputusan mengikut selera mereka kerana parti itu mempunyai penilaian sendiri terhadap sesuatu perkara yang dibangkitkan.

"Kami ada pendirian kami sendiri... tak ada orang boleh paksa PAS. Kita buat keputusan apa semua pun dengan pandangan dan penilaian kita sendiri. Setakat ini tak ada lagi keputusan (yang dibuat PAS) kerana orang paksa," katanya. -- sumber

*Ini jenis tak hingin tapi sayang nak lepas........

2 comments:

  1. saya tak tergamak untuk menganggap Tun Mahathir sudah hilang akal tapi setiap perilaku dan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau seringkali membuat ramai yang terkeliru tak faham apa sebenarnya pendirian Bekas PM Malaysia ke empat ni. Kesian juga bila statement yang beliau keluarkan akhirnya menyebabkan dia mendapat 'pandangan serong' dari pelbagai pihak. Saya sebagai salah seorang penjawat awam masih mampu mengimbau 'jasa' Tun M samada dari sudut positif begitu juga dari sudut negatif. Just to be fair rasanya ada baiknya jika Tun M tak mencampuri ehwal politik semasa dan cuma berikan pendapat atau teguran membina bila diminta, rasanya dengan begitu beliau lebih di hormati berbanding dengan penglibatan yang agak terlalu jauh beliau dalam kancah politik masa kini. memang menjadi lumrah sikap manusia sebesar mana pun kebaikan yang kita lakukan akan terpadam dengan satu kesalahan/kesilapan yang paling kecil

    ReplyDelete
  2. ...Setakat ini tak ada lagi keputusan (yang dibuat PAS) kerana orang paksa," katanya. - nik amar

    Maknanya apa yg pas kata selama ini iaitu DAP memaksa kehendaknya ke atas PAS semasa berada dalam PR tidak benar la...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa