Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 2, 2017

Hah tuudia......Pegawai Khas menteri pun ada bahagian woo!

Pegawai Khas menteri pertahanan didakwa rasuah
 | BERNAMA

(foto dari Astro Awani)

Seorang bekas pegawai khas kepada seorang menteri kabinet dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada seorang kontraktor, tiga tahun lepas.
Zailan Jauhari, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa kepadanya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Asmadi membenarkan Zailan dibebaskan dengan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Feb ini untuk sebutan semula kes.
Hakim turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Isnin minggu pertama setiap bulan.
Tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM20,000 dan cek bernilai RM60,000 sebagai upah kerana membantu dua syarikat mendapatkan tender bagi kerja-kerja pembersihan sekolah dalam daerah Kuala Selangor.
Zailan didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Kuala Selangor, antara 7.30 malam dan 8 malam, pada 8 Jan 2014.
Kes disebut semula pada 13 Februari ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa