Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 6, 2017

Henti kata-kata kesat: Respon dari pengunjung MD

Henti kata-kata kesat kepada Pas
05 Februari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Nunji'17 berlangsung sehari di Shah Alam hari ini

Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru seluruh ahli dan penyokongnya menghentikan sebarang bentuk penghinaan atau kata-kata kesat terhadap lawan politik mereka termasuk Pas.

Arahan itu dinyatakan setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir pada program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) 2017 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam hari ini.

"Maka saya mengarahkan hari ini kepada semua ahli dan penyokong Amanah agar menghentikan segala kata-kata kesat terhadap parti lawan kita termasuk Pas. Ini arahab rasmi daripada parti.

"Jika anda berada dalam group Whatsapp yang menggunakan kata-kata menghina dan kesat, keluar segera dari group itu," katanya.

Terdahu beliau menjadi moderator bagi slot pembentangan kertas kerja ketiga bertajuk "Negara Madani dan Referensi kepada Prinsip Islam dan Maqasid Syariah" yang disampaikan oleh Prof Dr Jasser Audah dari Kanada.
  • Komen:


    Kita org pas pun, akan ambil tindakan yg sama, tiada serangan, tiada balasan. Damai itu tuntutan islam.. Tapi kalau buat hal, kita pun buat hal juga.. 


    • Avatar


      Tahniah Amanah. Mencegah lebih awal. Bila parti arahkan, harus ikut. Bila maki hamun dibiarkan berleluasa, maka itulah yg berlaku pada PAS pra dan pasca muktamar 2015.


    • Avatar


      Tahniah amanah... 1 lagi pendekatan yg hebat. Islam rahmatan lil alamin!! Semua org tahu selama ni siapa yg hina siapa..jadi bersabarlah.. Mbalas makian pihak sana dgn kebaikan dan senyuman inshaAllah akan menambahkan kemuliaan.. 


      • Avatar


        Maknanay selama ini mmg kerje pan hina maki pas lah. Terimaksih sbb confirmkan k


      No comments:

      Post a Comment

      Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa