Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 5, 2017

Malaysia jadi 'budak suruhan' Trump?

MP: Malaysia jadi 'budak suruhan' Trump?
04 Februari 2017 | MALAYSIA DATELINE

Penghantaran bantuan ke Myanmar hanyalah 'lakonan' untuk menjadikan rakyat lupa terhadap sikap berdiam diri Umno dan Pas sewaktu Pakatan Harapan membawa usul berkaitan Rohingya di Parlimen pada November tahun lalu.
Raja Bahrin Shah

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin Shah berkata, pelancaran 'Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar' semalam juga bagi menjadikan rakyat lupa mengenai sikap Malaysia yang tidak mahu menerima pelarian Rohingya pada tahun 2015.

"Semasa rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum berkumpul membantah tindakan kejam di kedutaan Amerika, Umno dan Pas berkumpul untuk merasmikan pelancaran Flotilla untuk Rohingya.

"Penghantaran bantuan ini hanyalah "simbolik" dengan sikap - "ambillah bantuan ini tetapi kedatangan kamu tidak diterima di bumi Malaysia".

"Mereka amat perlu bantuan lebih dari sokongan sandiwara kepentingan politik Umno dan Pas," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, sikap Malaysia ini sama seperti seperti sikap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menyekat kemasukan rakyat daripada tujuh negara Islam ke negara itu.

"Sudah berminggu-minggu Amerika mengharamkan kemasukan rakyat dari tujuh negara Islam tetapi Malaysia masih sepi membisu tanpa pendirian.

"Tetapi di Malaysia dan di kampung kononnya kerajaanlah juara perpaduan ummah yang sempit untuk Islam dan Melayu.

"Di manakah penyatuan dan perpaduan ummah menyeluruh seperti dituntut dalam Islam" soalnya.

Beliau juga mendakwa, Malaysia menjadi 'budak suruhan' Trump yang diisytihar rasis dan anti Islam oleh hampir seluruh dunia.

"Rakyat Yaman yang ingin lari ke Amerika untuk menyelamatkan diri disekat memasuki negara itu dan terperangkap untuk terus dibom oleh senjata bekalan Amerika, Britain dan Perancis dengan pengetahuan Malaysia yang bersama mereka di Riyadh.

"Kita menjadi pemerhati bisu kehormat dari dekat menyaksikan kekejaman pembunuhan "jenayah perang" saperti dinyatakan olih lapuran 67 muka Bangsa-bangsa Bersatu yang dibentang Jumaat lepas," katanya.

Dakwanya lagi, Malaysia hanya menjadi budak suruhan Trump dan kepentingan umat Islam sedunia bukan keutamaan tetapi menyelamatkan Najib dan BN lebih penting bagi mereka.

"Kalau bersuara tentang pengharaman tujuh negara Islam akan mengundang risiko kes 1MDB di Amerika. Kalau bersuara tentang Yaman akan terbongkar rahsia "derma RM2.6 billion dari keluarga di Raja Arab Saudi".

"Pada berkata-kata, baiklah Malaysia membisu diri isu tujuh negara Islam yang dihalang Amerika dan terus membantu serangan tidak berperikemanusiaan sekutu Arab Saudi ke atas Yaman.

"Demi perpaduan Umat Islam sedunia atau demi keselamatan Perdana Menteri Najib? soalnya lagi. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa