Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 10, 2017

RM90 juta PAS akan saman Husam: Bagus juga kalau benar, bolehlah Husam panggil Clare Rewcastle sebagai saksi

Tuan Ibrahim nafi Pas terima RM90 juta, arah saman Husam
09 Februari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Tuan Ibrahim Tuan Man

Pas menafikan sekeras-kerasnya 'tuduhan jahat' bekas naib presidennya Datuk Husam Musa bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank dan mahu mengambil tindakan undang-undang.

Dalam satu kenyataan ringkas empat perenggan yang disiarkan portal rasmi parti itu, Harakahdaily, timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai "sambungan rantaian fitnah" yang pernah dibuat oleh Sarawak Report yang ujarnya kini dalam tindakan perundangan.
"Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report.
"Pihak guaman Pas diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," kenyataan ringkas itu dipetik.
Husam dalam satu majlis ceramah di Kelantan mendakwa duit RM90 juta yang diterima Pas dari Umno sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.
"Adik kakok nak tau bank mana yang diguna. Ambo (saya) teka malam ni, tetapi hok ambo teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambo teka tu hok ambo tau.
"Betul ko dok, duit-duit ini melalui Affin Bank," kata Husam dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial.
Sehubungan dengan itu, katanya, pihaknya akan mendedahkan lagi perkara ini menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Jadi masa pilihan raya esok-esok kita buat tubiklah (keluarkan), kalau dia dengan Umno. Kalau dia tidak dengan Umno, Umno buat tubik," kata Husam.
Dalam klip video 1.24 minit itu, Husam turut mendakwa, kalau tidak ada apa-apa masalah Pas akan bekerjasama sepenuhnya dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.
"Untuk maklumat ahli bawahan Pas, kalau tiada aral melintang Pas akan bersatu dengan Umno. Nama dengan pelbagai-bagai, taawun ke, taaa apa ke, tidak usah kira," kata beliau dalam video itu.
Sebelum ini, Sarawak Report, sebuah laman web yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia mendakwa Pas menerima RM90 juta duit dari Umno.
Ekoran itu, Pas mengugut akan menyaman laman yang berpusat di London itu.
Namun sehingga kini hanya notis awal dikemukakan oleh parti itu tetapi belum memfailkan saman terhadap laman itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa