Wednesday, February 8, 2017

Warga asing lagi......buat taik!

Wanita bertarung nyawa diikat dalam guni dan dicampak dalam Sungai Klang
Diterbitkan pada Februari 07, 2017 18:44 MYT
Mangsa terselamat apabila ditemui dalam keadaan terapung di dalam sungai berkenaan oleh orang awam kira-kira 11 pagi semalam. - Foto Bernama

SHAH ALAM: Seorang wanita warga Indonesia bertarung nyawa hampir setengah jam apabila dipukul dan disumbat ke dalam guni sebelum dicampak ke Sungai Klang dari jambatan di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam di sini semalam.

Mangsa, seorang pekerja kilang berumur 37 tahun, bagaimanapun terselamat apabila ditemui dalam keadaan terapung di dalam sungai berkenaan oleh orang awam kira-kira 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata sejurus menerima maklumat, anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dikejarkan ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan separuh sedar dengan kaki diikat menggunakan pita pelekat.

"Ketika ditemui mangsa yang berjaya melepaskan diri daripada guni turut mengalami kecederaan di betis dan kepala, dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Shafien berkata siasatan awal mendapati mangsa dijemput oleh dua lelaki yang dikenalinya di kediamannya di Taman Sri Muda di sini, kira-kira 10.30 pagi semalam, kononnya untuk dibawa berubat dengan menaiki van.

Katanya ketika berada dalam van, kaki serta mulut mangsa diikat selain mangsa turut dipukul dengan batang besi sebelum dia disumbat ke dalam guni serta dicampak ke dalam sungai dari ketinggian 15 ke 20 meter.

"Suspek dipercayai berharap mangsa mati namun, umurnya masih panjang dan berjaya diselamatkan.

"Susulan itu kira-kira 10 malam tadi sepasukan polis berjaya kesan seorang suspek berumur 21 tahun di sebuah rumah di Padang Jawa, Klang sebelum menahan seorang lagi suspek berumur 22 tahun juga di Padang Jawa kira-kira 2.30 pagi tadi," katanya.

Beliau berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada suspek tidak berpuas hati dengan kelakuan mangsa yang menjalin hubungan dengan anggota keluarga seorang daripada suspek terbabit.

Shafien berkata kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kini direman sehingga 13 Feb ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. -- sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa