Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 18, 2014

Pemberontakan Thailand Disokong Istana Tapi Hilang Momentum?

Tolonglah tahan Suthep

Bangkok: Kerajaan semalam merayu polis agar menangkap pemimpin gerakan penunjuk perasaan pembangkang yang mengancam untuk menculik perdana menteri dan melumpuhkan beberapa bahagian penting di Bangkok.

Timbalan Perdana Menteri Surapong Tovichakchaikul berkata, menjadi tanggungjawab polis untuk menangkap Suthep Thaugsuban kerana dia memang dikehendaki pihak berkuasa kerana tuduhan memberontak. 

“Jika Suthep tidak ditahan polis berdepan tuduhan menyalahguna kuasa,” katanya kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan ketua polis negara itu semalam.
Gesaan itu dibuat ketika ibu negara Thailand terus dibayangi operasi “menutup Bangkok” anjuran pembangkang diketuai Suthep.  

Pada masa sama beberapa pihak berpendapat gerakan itu semakin kehilangan momentum kerana jumlah penunjuk perasaan semakin merosot.
PENUNJUK perasaan antikerajaan mengibarkan bendera Thailand ketika menaiki trak dalam perjalanan ke lokasi demonstrasi di Bangkok semalam.

Surapong berkata, Suthep - bekas ahli parlimen pembangkang - kini dilindungi sehingga 40 pengawal peribadi.

Justeru, katanya, Suthep bebas ke sana sini menyampaikan ucapan menghasut supaya kerajaan digulingkan, selain memungut derma daripada penyokongnya ketika dia mempunyai waran tangkap.

Sementara itu pemerhati berkata, kemungkinan Suthep - bekas timbalan perdana menteri - ditahan pihak berkuasa adalah kecil.

Tokoh terbabit dipercayai akan terus bebas bergerak kerana mendapat sokongan istana.

Sementara itu, Ketua Polis Thailand, Adul Saengsingkaew berkata, dianggarkan 7,000 penunjuk perasaan masih berada di jalanan pagi semalam berbanding 23,000 orang pada petang kelmarin.

“Ramai penunjuk perasaan sudah pulang ke selatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Seolah-olah kehilangan idea untuk sasaran baru, mereka yang sudah pun mengepung beberapa bangunan utama kerajaan, berarak ke jabatan cukai dan hasil dalam negeri semalam. - AFP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa