Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 11, 2014

5 bekas tahanan ISA Jadi Kaya

5 bekas tahanan ISA dapat ganti rugi RM4.5 juta
mk - 1:34PM - 11 Dec 2014

Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua wakil rakyat Pakatan Rakyat, ditetapkan ganti rugi keseluruhan RM4.5 juta ekoran penahanan mereka pada 2011.

Mereka ialah anggota parlimen Batu Tian Chua, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang assemblyperson Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais dan Badaruddin Ismail serta bekas pemimpin PKR Badrul Amin Baharom.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM15,000 kepada RM10,000 sehari.

Kesemua mereka dianugerah ganti rugi teladan RM30,000 dan empat orang diberikan ganti rugi RM25,000 akibat fitnah terhadap mereka.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Wahab Patail.

Dua lagi hakim ialah Rohana Yusof dan Umi Kalthum Abdul Majid.

5 comments:

  1. Syukurlah... suka juga kakak kalau ini yg diperolehi akhirnya.

    ReplyDelete
  2. RM4.5j untuk membayar tuntutan mereka itu, sudah tentu bukannya wang Umno atau BN. Ia adalah wang rakyat. Umno/BN yg salah kerana melakukan tindakan itu, rakyat pula dijadikan mangsa untuk menebus kesalahan mereka. Ini barulah amat tepat untuk mengatakan Umno/BN itulah yg sebenarnya haram jadah!

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah

    Dapat jugak duit buat makan minum lepas kena aniaya. Allah maha adil.

    Tak boleh kaya lah sebab duit sudah kechik nilai macam Ruppiah.

    Kereta Sorong Proton pun sudah 70 ribu harga nya.

    ReplyDelete
  4. Tak kiralah daripada diberi kpd penyamun baik juga mereka dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda hanya betul 50% sahaja, tapi penyamun tu guna duit kita & penyamun cuci tangan. Kut mana pun kitalah yg jadi mangsa penyamun tu. Siapakah yg patut kena hukum, penyamun itukah atau kita?

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa