Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 11, 2014

Rundingan damai sedang berlaku antara PKR dengan UMNO?

Zainuddin: Adakah Mahfuz sedar nasib PAS kelak?
 | December 10, 2014
Pengisytiharan penarikan sokongan Dr M terhadap Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca gerakannya,diperhatikan dan senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan
Zainuddin MaidinPETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan Ketua Penerangan PAS Malaysia, Datuk Mahfuz Omar sama ada beliau menghitung kedudukan PAS pada masa depan kelak.
Menurut Zainuddin, Mahfuz sebelum ini diketahui sebagai ahli PAS yang paling keras dan lantang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak hal.
Namun, pada kali ini, Mahfuz bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu bahawa ramai yang layak untuk menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Adakah kenyataan Mahfuz dilakukan setelah mendengar desas-desus ada rundingan damai yang sedang berlaku antara PKR dengan UMNO atau adakah kerana Mahathir melihat Azmin Ali berpotensi sebagai calon Perdana Menteri yang suatu hari nanti akan kembali kepada UMNO?” tulisnya di dalam blog www.zamkata.blogspot.com.
Katanya, jika desas-desus itu benar mungkin Mahfuz sedang memperhitung akan kedudukan PAS kelak.
Jelas Zainuddin, Mahathir tidak melihat hanya orang dari UMNO sahaja yang boleh menggantikan Najib setelah keengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tanggungjawab.
“Tetapi siapakah Mahathir untuk menentukan Perdana Menteri dan beliau sendiri perlu menerima realiti bahawa UMNO sendiri menjadi penghalang besar untuk menggantikan Najib,”ujarnya.
Dalam pada itu, tidak ada sesiapa yang menganggap Mahathir tidak relevan dalam usahanya untuk menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.
“Pengisytiharan penarikan sokongan kepada Najib menyebabkan setiap katanya sekarang dibaca, gerakannya diperhatikan, senyum tawanya yang sinis menjadi tekaan,” ujarnya.
Bagaimanapun, Najib tidak mengeluarkan Mahathir daripada senarai musuh politik yang paling berbahaya sekarang dan dia akan melakukan apa sahaja untuk survivalnya.
“Dalam hal ini, tidak mungkin tunggul di sangka hantu kerana kuasa adalah kuasa, yang menjadi teka-teki adalah siapa calon dari dalam dan siapakah calon dari luar yang Mahfuz mahu tahu dari Mahathir untuk dibincang dan dipertimbangkan,” ujarnya.

2 comments:

  1. Abe

    Ini adalah tuduhan jahat Zainudin sahaja. UMNO sekarang dalam keadaan tenat. Sedangkan PKR dan DAP masih steady. Lagipun PKR kenal siapa Najib. Yang tak kenal Najib adalah pak lebai2 PAS.

    PR samada PAS bersama atau tidak hanya perlu menunggu sahaja UMNO rebah jika masih dibawah Najib. Tahun depan, apabila GST mula berjalan, kecelaruan akan berlaku. Keadaan akan menyebabkan kos hidup meningkat dengan drastik- masa itu Najib dan UMNO akan berhadapan dengan masaalah yang serius.

    Yang akan paling 5rrtekan dgn kos hidup nanti adalah mereka yang berada diluar bandar dan berpendapatan kecil.

    Kalau orang lain yang menimbulkan isu ini selain Zam, mungkin kita boleh selideki skit. Kalau Zam, sah auta dan bohong!

    ReplyDelete
  2. Mamak ini jenis lahanat.

    Standard lahanat nak laga laga bangsa.

    Lahanat berkaki dua itu yang bahaya ; apa pun ini anak buah Maha Firaoun tau.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa