Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 1, 2014

Aku Rasa Lebih Baik Mamat Ni Letak Jawatan, Masuk Politik!

Daripada merepek tak tentu hala, lebih baik terjun ke dalam dunia sebenar!

Bukan Melayu jadikan BN, PKR batu loncatan menang kerusi, dakwa pensyarah kontroversi
Published: 1 December 2014 - TMI
Pemimpin bukan Melayu jadikan Barisan Nasional dan PKR sebagai batu loncatan untuk berkuasa dalam politik, kata pensyarah Dr Ridhuan Tee Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2014. 

Pemimpin bukan Melayu menjadikan Barisan Nasional (BN) dan PKR sebagai platform untuk terus berkuasa dalam arena politik tanah air, kata Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Pensyarah kontroversi itu berkata PKR digunakan pemimpin bukan Melayu untuk menerajui kepimpinan negeri manakala parti komponen menggunakan BN untuk kekal berkuasa di Semenanjung Malaysia.
"Seperti Barisan Nasional (BN), bukan Melayu menggunakan PKR sebagai batu loncatan untuk mendapat kerusi dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dalam negeri yang ditawan.
“Sama seperti parti komponen BN. Kemenangan mereka di Semenanjung bergantung kepada undi Melayu,” katanya menerusi rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Sementara itu, Ridhuan berkata PKR juga tidak akan mampu bertahan lama dalam arena politik tanah air jika presiden parti itu diterajui pemimpin bukan Melayu.
“Jika PKR yang didewakan sebagai parti untuk semua kaum, saya cadangkan mereka memberi laluan bukan Melayu untuk menjadi presiden selepas ini. Saya yakin parti ini akan terkubur," katanya.
Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu turut mempersoalkan tindakan sesetengah orang Melayu yang sanggup memberikan undi kepada DAP walaupun jelas parti itu meminggirkan mereka.
“DAP, walaupun mendakwa mereka adalah parti untuk semua kaum, hakikat sebenar tidak. Itu hanya strategi untuk mengaburi dan memenangi hati orang Melayu dan secara halus meminggir dan menyingkirkannya,” katanya. – 1 Disember, 2014.

2 comments:

  1. Mamat ini pun bebudak Banggang kata Bacul Najis...

    Budak bahalol sebegini usah di layan. Tanpa UMNO BN , nak dapat gajian 1000/- pun susah dengan gaya otak sebegini jumud poyo.

    ReplyDelete
  2. Celaru politik nih! Nak masuk Umno dia cina nak masuk MCA pula, itu parti bukan Islam. Nak masuk PAS itu parti lilit kepala, nak masuk PKR, tak hebat mana. Boleh cuba join MIC.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa