Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 1, 2014

PAS Ganu: Aku Pun Dah Lupa Tapi Ada Hamba Allah Yang Masih Ingat!

Orang kata, sejarah tidak pernah menipu.... Saya jawab, tapi sejarah yang selalu kena tipu.

Ini ialah salah satu fakta sejarah yang tidak menipu dan tidak ditipu.

Dalam PRU1999, PAS dipimpin oleh ustaz Fadzil Noor..... PAS berjaya menawan Terengganu dengan kemenangan 28-4.
Dalam PRU2004, PAS dipimpin oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang..... PAS berjaya memberi kemenangan kepada UMNO dengan keputusan 4-28.
Di Kelantan, PAS hanya menang dengan kelebihan 3 kerusi..... Kemudian berlaku pilihanraya kecil bila seorang Adun PAS telah wafat dan BN telah merampas kerusi Pengkalan Pasir.... Akibatnya, kerajaan PAS dikekalkan di Kelantan hanya dengan perbezaan 1 kerusi...!!! Dan ada 1 kerusi yang calon PAS menang dengan majoriti 2 undi...!!! Maknanya, cuma 2 undi yang menyelamatkan kerajaan PAS Kelantan dari tumbang tersungkur menyembah tanah dalam penggal 2004-2008 itu.... Saya ulangi, 2 undi...!!
Kalu tidak kerana 2 undi itu, sudah tentu Kelantan tercatat dalam senarai kerajaan negeri yang terlingkup ketika Haji Hadi memimpin PAS.
Dalam PRU 2008, PR dipimpin oleh Anwar Ibrahim (walaupun dia tidak layak bertanding)... PAS menang besar di Kelantan dan berjaya merampas Kedah.... Kerajaan PR Perak juga melantik Adun PAS Nizar Jamaludin sebagai MB Perak... DAP menang di Penang... PKR juga berjaya merampas Selangor dari Khir Toyo.... Manakala kerusi parlimen Wilayah Persekutuan, calon PAS, DAP, PKR menyapu hampir semua kerusi....... Tetapi di Terengganu, negeri Dato' Seri Presideng, tetap istaqamah mempertahankan kekalahan dan berjaya mengekalkan status PAS sebagai pembangkang tanpa faedah.
Sebelum PRU 2013, gelombang kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan BN di peringkat federal nampak begitu kuat seluruh negara, gerakan menggempur BN dipimpin oleh Anwar Ibrahim.....
Ketika itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu ialah Saiful Bahari Mamat (Adun Paka) yang memegang jawatan itu hingga sekarang.... Mengikut adatnya, kalau PAS menang dan berjaya memerintah negeri, pesuruhjaya lah yang akan jadi Menteri Besar.
Dalam salah satu program ketika berkempen, dia telah ditanya, apakah rancangan dan tindakan yang PAS akan lakukan untuk memajukan negeri sekiranya berjaya merampas semula pemerintahan negeri Terengganu dari tangan BN..... (Umum mengetahui, Terengganu adalah negeri yang kaya tapi paling mundur dan majoriti rakyat Terengganu adalah kaya dengan kemiskinan.... UMNO telah gagal, dan PAS sendiri telah diberi peluang oleh rakyat dalam PRU 1999 ternyata lebih teruk dari UMNO)
Maka Pesuruhjaya PAS merangkap bakal Menteri Besar Terengganu itu menjawab dengan penuh yakin : "Kalau PAS berjaya perintah Tranung... kat highway LPT dari sempadan Kuantan sampai ke Telemong, kita akan dirikan 7 R&R... Tiap-tiap R&R tu semua ada jual seafood...!"
Begitulah kehebatan seorang tokoh politik PAS di bawah kepimpinan ulamak yang berpandangan jauh serta mempunyai misi, visi, dan wawasan yang jelas untuk memajukan negeri Terengganu.
LikeLike ·  · 
  • 128 people like this.
  • Abdullah Bin Aamir hahaha....benar dan sememangnyer benar apa yang dikatakan Abe Awang Malaya pasal saitiful tu...saitiful ditanya jemputan semasa mengulas menifesto di Qurata resort kuala terengganu..dengan selambanyer saitiful menjawad antara menifesto yang akan dilaksanan jika Pas menang menyediakan 7 R&R yang diamana disitu akan ada restoran-restoran seafood dan kedai-kedai yang menjual ikan& sotong celup tepung..hehehe...
    1 hr · Edited · Like
  • Kak Ida Abdullah Otak UG kanan, kiri, tengah tidak berkait neuronnya maka mereka bertempik ikut nafsu taksub saja
  • Haniros Abdmalek Wadduh kesian tghh...Kiri kanan kena bedal...bawah ajee belom...termasuk aku..!
    Wakaka....kedai tomyam????...INI pesuruhjaya statement fresh kaa@ recyle@ u turn@ remote....????

8 comments:

  1. Sejarah juga mencatatkan pada satu ketika tak berapa lama dulu seorang mentori bajet selalu menyebut ayat "pembangkang tanpa faedah" semasa membentangkan bajet di perlimen...

    Tak berapa tahun kemudian dia dipecat dan dituduh dengan pelbagai tuduhan.

    ReplyDelete
  2. kah kah kah amat lah betul sebetul-betul nya tiada yang tak betul tapi semau betul-betul belaka ! ABU & lawan geng pro'ug' sampai mati !

    ReplyDelete
  3. Memang seronok dan bersemangat membaca posting dari Abe Awe Malaya (Kuantan) sejak dari kemelot MB Selangor. Saya juga sebahagian dari rakan FB beliau. Tapi sayangnya tak jumpa cari nama bat8, kalau jumpa mahu juga joint FB-nya. Mereka ini selalunya memberi komen secara sederhana tetapi penuh dengan fakta dan ilmu politik yang sihat, karaktor begini amat diperlukan bagi kepelbagaian pendapat dan maklumat untuk diperjelaskan kepada masyarakat yang kurang minat mengkaji dan meneliti sejarah politik di negara ini. Terima kasih Admin.

    ReplyDelete
  4. bat8 dan 1Crony

    Saya pun tak buka akaun fb sebab malas nak melayan...hi..hii...saya tengok akaun fb ni semua benda mak nenek masuk!

    ReplyDelete
  5. Tahniah dan syabas. Kalau PAS perintah Terengganu, sudah ada tersedia "Hassan Malik" menjadi MB. Al Takiri pula boleh main peranan sebagai Ahmad Maslan. Bangang tak boleh diajar kata najib kah kah kah

    PAS dah jadi macam UMNO. Orang bijak pandai cerdik di cantasnya ... tinggal si bangang dan tukang pengampu je di keliling Presideng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barulah betul cogan PAS ganti UMNO!!!

      Delete
    2. kalau dah cerdik pandai dan profesional pulak tu kenapa passive sangat hingga membiar segelintir 'ulama' naik tocang?

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa