Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 3, 2014

Aku Rasa Malu Dan Terpukul Dengan Tajuk N3 Ni!

Islam tergadai, Melayu selamba
Orang Melayu wajib belajar daripada sejarah. Ketahuilah bahawa pendakwah evangelis Kristian ini adalah jenis manusia yang begitu licik dan pandai berbelit-belit.
Ambil iktibar pengalaman yang dilalui masyarakat pribumi di negara-negara di mana agama Kristian sudah berjaya mengatasi Islam dan Buddhisme
1. Nigeria mempunyai seramai 80.5 juta orang penduduk Kristian berbanding 76 juta orang Islam.
Penganut Kristian merupakan separuh daripada jumlah penduduk Nigeria. Kristian di Nigeria adalah 49.3 peratus mengikut demografik tahun 2010.
2. Namun tatkala Nigeria merdeka pada tahun 1953 dulu, hanya sebanyak 21.4 peratus penduduk negara tersebut yang beragama Kristian.
Pada tahun 1953 juga, sebanyak 45.3 peratus penduduk Nigeria beragama Islam manakala 33.3 peratus yang selebihnya mengamalkan kepercayaan Afrika tradisi.
3. Selang sepuluh tahun, iaitu menjelang 1963, penduduk Kristian di Nigeria bertambah sebanyak 13.1-poin berbanding pertumbuhan umat Islam sekadar 2 poin.
Sementara itu, peratusan pengamal agama tradisi Afrika telah jatuh sebanyak 15 poin. Penjunaman drastik ini berlaku dalam jangakamasa satu dekad sahaja selepas kemerdekaan.
 Jumlah penganut Kristian di Nigeria hampir menyamai jumlah keseluruhan penduduk negeri Jerman.
Gereja evangelis berkembang dengan amat pesat sekali di Nigeria sejak 1970-an. Sebenarnya agama Kristian semakin hilang pengaruh di kalangan orang Barat di Eropah tetapi ia semakin kuat cengkamannya ke atas orang Afrika dan Asia.
(Olahan bersumberkan Pew-Templeton Global Religious Futures project – Nigeria)

Gereja mega terbesar di dunia

Penganut agama Buddha di Korea Selatan hanya sebanyak 23 peratus berbanding penganut Kristian 29 peratus (sumber: Pew Research Center)


Seabad lepas, jumlah penduduk Korea yang beragama Kristian kurang satu peratus. Gejala evangelisme terlalu meledak.
“Billy Graham’s 1973 crusade in Seoul, South Korea propelled the fast-industrializing nation into an era of explosive evangelical growth. Since then, the peninsular democracy, once a Buddhist stronghold, has become a hub for evangelicalism and the world’s second-largest missionary-sending nation.” –Christianity Today
BAWAH: City Harvest Church di Singapura

Pendakwah Cina tetap kiasu

Gereja-gereja mega menyerlah di Singapura.

New Creation Church Singapore – gambar bawah – mempunyai 35,000 ahli bagi servisnya yang dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Orang keturunan Cina di Asia Tenggara gila masuk Kristian.
Setiap satu daripada lima orang warga Singapura sekarang beragama Kristian. Dalam pada itu, jumlah penganut agama Buddha di Singapura menyusut sebanyak 9.2 peratus dalam satu dekad lepas ini.

Yang buat onar

Mungkin orang Melayu tidak reti hendak cam atau membezakan tetapi hakikatnya mereka-mereka yang suka memprovokasi kebanyakannya ialah orang Kristian.
Daripada jalan bahasa yang kekok beserta kesilapan yang dibuat mereka, misal kata, kita boleh mengetahui bahawa si penghasut yang menyamar dengan menggunakan nama Melayu itu sebenarnya bukan individu Melayu.
Contohnya orang Melayu tidak akan cakap “Allah saw”. Orang Melayu tidak akan sebut “ini kali lah”.
Daripada pemantauan saya untuk sekian lama, saya mendapati bahawa rencana-rencana dan komen-komen yang mencabar orang Islam lazimnya ditulis orang Kristian.
Dove2Orang Melayu kurang terdedah kepada budaya Kristian kerana tidak pernah menyertai atau memerhati upacara Kristian apatah berkunjung ke gereja.
Sebagai contoh, ramai orang Melayu tidak tahu bahawa burung merpati melambangkan Roh Kudus tuhan triniti Kristian. Kaum Melayu kurang pengetahuan tentang Kristianiti.
Tambahan lagi, bukan semua orang Melayu yang mahir bahasa Inggeris ataupun mendalami sastera Inggeris yang banyak diwarnai unsur-unsur Kristian.
Orang yang mahir bahasa Inggeris akan boleh cam (‘menghidu’) apabila sesebuah tulisan itu adalah hasil nukilan oleh individu Kristian.
Maka dengan itu, orang Melayu yang kurang pendedahan kepada Kristianiti masih belum mempunyai kapasiti untuk menyedari bahawa yang sering memprovokasi umat Islam dewasa ini ialah puak evangelista.

1 comment:

  1. Kuliah dan ceramah agama Islam disekat, dikawal isi kandungan agar mesra Umno, perlu tauliah & permit dsb sedangkan mubaligh kristian tidak perlu semua itu. Salah DAP ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa