Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 3, 2014

Cerita Nga Kor Ming: Ada Sape-Sape Boleh Jelaskan?

Aku ciluk certita ni dari sini.......maaflah aku ni jenis susah siukit nak katakan fitnah atau betul........jadi aku mohonlah sesiapa yang tahu berikan pencerahan sikit.

Bagi aku......yang wangi tetap wangi....yang busuk tetap busuk walau pun siapa sekali pun yang melepasnya!
Najib ker, Nik Aziz ker, Hadi ker, Guan Eng ker, PAS ker, UMNO ker, DAP ker, MCA ker.......yang tak baik takkan jadi baik. Lagilah parah sekiranya perkara begitu dilakukan di bawah Nik Aziz atau Hadi!

PANDAI NGA KOR MING TANYA SHAHRIZAT... YANG DIA SEBAT TANAH DI KELANTAN TU, BILA NAK PULANGKAN?
Nga Kor Ming barangkali tidak lagi mempunyai isu lain untuk dibangkitkan. Namun memandangkan kebanyakan daripada penyokong setianya adalah di kalangan Cina DAP yang tidak akan membaca sebarang berita di dalam Bahasa Kebangsaan, tidak menonton siaran berita di televisyen berbahasa Kebangsaan, sukar memahami Bahasa Kebangsaan walaupun secara asas, ditambah pula dengan sikap Cina DAP yang berlagak pandai walaupun bodoh selain memandang orang lain selain mereka sebagai bodoh, maka Nga Kor Ming pun melakukan pembohongan dan pengherotan fakta.

Nga Kor Ming tidak pernah bimbang akan terkantoi kerana dia juga tahu, para pendengar dan penyokongnya akan menerima apa-apa sahaja cerita daripadanya walaupun dia menghasilkan cerita yang paling tidak masuk akal, sebagaimana dia memiliki puluhan ribu tanah di Kelantan untuk dibalak walaupun tanah yang diberikan kepadanya itu adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK). (BACA DI SINI)

Kelantan sebenarnya mempunyai undang-undang pemilikan tanah yang sangat unik dan tidak terdapat di negeri-negeri lain. Tanah di Kelantan kalau berdasarkan kepada undang-undang negeri, tidak boleh dimiliki atau diwarisi oleh orang yang bukan kelahiran Kelantan.

Dalam hal ini, Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham langsung tidak mempunyai kaitan dengan Kelantan sebaliknya mereka mendakwa tanah tersebut telah dibeli secara adil daripada YIK menerusi tender dan menerusi pengambilalihan sebuah syarikat yang mendapat tender berkenaan memandangkan Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming mempunyai kepentingan politik dengan Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu itu yang dipimpin oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat. (BACA DI SINI) (JUGA DI SINI)

10,526 ekar tanah YIK di Gua Musang telah mereka perolehi apabila Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming membeli syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd yang dikatakan gagal memajukan tanah tersebut pada tahun 2012.

Nga Kor Ming mempertikaikan pinjaman mudah RM250 juta kepada NFCorps yang sepatutnya digunakan untuk 'mengganggu' pemonopolian kartel-kartel daging yang dimiliki oleh syarikat bukan Islam di Malaysia. Sesuatu yang pasti ialah, NFCorps telah membayar pinjaman mereka mengikut jadual kecuali setelah semua modal dan pinjaman dibekukan, manakala operasi syarikat turut disita. RM250 juta yang dinyatakan juga, belum diterima sepenuhnya dari Kerajaan ekoran konflik yang sengaja dicetuskan oleh kartel-kartel daging yang disyaki didalangi DAP mengupah Rafizi Ramli untuk menimbulkan huru-hara dan mematikan operasi NFCorps.

Walau bagaimanapun, kes membabitkan NFCorps masih lagi dibicarakan dan sebenarnya tidak timbul pinjaman tidak dibayar memandangkan pinjaman berkenaan telah ditarikbalik dan operasi syarikat dibekukan, manakala para pekerja kehilangan pekerjaan dan ladang di Gemas juga telah ditutup atas paksaan. (BACA DI SINI)

Ketika pendedahan tentang pemilikan tanah di Gua Musang itu dibuat,Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham melompat sakan selain mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang memperkatakan tentang hal tersebut walaupun pada akhirnya, setelah mengambil masa yang lama, mengakui yang mereka berdua telah mengambilalih syarikat Upayapadu Plantations Sdn. Bhd, walaupun sebelum itu, Nga Kor Ming mendakwa mereka berdua telah dijemput untuk menyertai syarikat berkenaan.

Selepas terbabit dalam politik, pernah menjadi Exco Kanan Perak selama 11 bulan, Nga Kor Ming tiba-tiba sahaja menjadi kaya-raya sehingga mampu membina rumah yang menandingi Istana Perak dan mempunyai kereta-kereta mewah.

Kalau Nga Kor Ming boleh bertanyakan Shahrizat bila hendak pulangkan wang rakyat, walaupun Shahrizat tiada kena-mengena langsung dengan NFCorps melainkan syarikat tersebut milik suaminya, Nga Kor Ming pula terlibat secara langsung dengan tanah YIK di Gua Musang.

Kalau Nga Kor Ming menyatakan Shahrizat sudah tentu mempunyai kepentingan dalam syarikat suaminya, bagaimana pula dengan Nga Kor Ming dalam syarikat tukang jahit isterinya yang mendapat kontrak pembekalan pakaian walaupun sebutharga yang ditawarkan lebih tinggi daripada syarikat-syarikat yang lain, ketika Nga Kor Ming masih lagi menjadi Exco Kanan Negeri Perak. (BACA DI SINI)

Bila agaknya Nga Kor Ming hendak memulangkan wang rakyat Perak yang dicuri menerusi syarikat isterinya dan wang umat Islam di Kelantan menerusi 10,526 ekar tanah di Gua Musang?

2 comments:

  1. Abe

    Cerita pasal mangkok ni dah lama tersebar di internet. Ini sorang lagi jenis UG dalam PAS yang duduk dalm DAP. Ramai yang sedar perangainya.

    Mangkok ni seelok-eloknya masuk je mana-mana parti cina yang menjadi kerabat BN. Habis cerita.

    ReplyDelete
  2. orang Cina tidak bodoh atau pun sombong.

    ini persepsi salah.

    business orang Cina lah yang bayar gaji gaji Melayu sana sini , dari Pak Gud hingga ke Menteri.

    sedih lah....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa