PERKASA mempunyai keahlian di seluruh negara dan ahli mereka akan menolak pemimpin UMNO seperti mereka.
KUALA LUMPUR: Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris menyasarkan beberapa pemimpin UMNO dengan menggelarkan mereka sebagai seorang yang ”bang**t”.
Beliau menyasarkan Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin serta mempersoalkan sumbangan mereka kepada komuniti Melayu.
“Saya beri peringatan kepada Saifuddin, dahulu sewaktu jadi menteri apa yang dia buat, apa tanggungjawab dia, apabila kita mempertahankan beberapa perkara kita, kita pula dicemuh,” katanya yang merujuk kepada jawatan yang pernah disandang Saifuddin iaitu sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi .
“Nur Jazlan pula, dia bang**t. Dia binat**g, semasa berada di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu,” kata Fahmi, merujuk kepada organisasi yang diketuai Jazlan sebelum ini.
Ketika mengulas berkenaan Khairy, Fahmi pula berkata, pemimpin UMNO itu seringkali tidak mengendahkan dan mempertahankan Melayu, namun apabila gereja diserang, beliau menjadi orang pertama yang tiba di lokasi itu.
“Waktu masjid diletakkan kepala babi, mana dia?” soal Fahmi.
Beliau turut mengingatkan kepada pemimpin UMNO, PERKASA mempunyai keahlian di seluruh negara dan ahli mereka akan menolak pemimpin seperti mereka.
“UMNO juga bermula dengan NGO, dulu mereka melawan penjajah,” katanya.
Beliau juga memberi peringatan ketika kes mahkamah kalimah Allah, pemimpin UMNO sendiri tidak kelihatan bersama-sama mereka bagi memperjuangkan perkataan suci umat Islam itu.
“Mana menteri yang duduk di Putrajaya, walhal dekat dengan Istana Kehakiman. Mereka tak nak bantu tidak mengapa, tapi jangan menyusahkan.
“Ahli kita-kita ada di merata tempat, pastikan kita tolak pemimpin yang macam ini pada PRU akan datang,” tambahnya
Semua pasal duit.
ReplyDeleteUmno dapat duit Cina
Perkasa harap duit umno yang punca nya dari Cina
Bila Cina tak bagi duit dan ber kira , umno terus jadi Bahalol.
Perkasa jadi beruk marah kan umno.
Bebudak Bahalol mana ada nilai ekonomi ; semua badan badan besar tapi otak kechik macam tikus.
Cina bukan bodoh... Orang orang Melayu itu bodoh. Itu Fakta !!!!
Indonesia ada Cina tak sampai 20 Juta tapi ekonomi Imfonesia Cina yang pegang.... Jokowi itu puppet saja tapi puppet badan kurus ; di sini puppet bafan besar buang minyak keta saja.
Bila perkasa dan umno gaduh tidak jejas ekonomi negara sebab dua dua toada nilai ekonomi... Bahalol.
Business tetap jalan buat duit , asal negara tak huru hara akibat bebahalol gaduh sudah.
Mamak !!!! You orang bahslol kah ????
Yg aku hairan dengan mamat mamat umno kategori belaci ni, semuanya akan gunakan ayat " masa dia jadi menteri apa dia buat untuk membantu org melayu " recyle, recycle, recycle. Walaupun dari org berlainan ayat tetap sama juga dan berpuluh thn guna line nie. Otak makluk kategori nie kat takok tu jugak bila berhujah. Punchline pun sama " bangsat " " binatang ". Kenapa bangsat, kenapa binatang...takde hujah. Ayat gantung. Aku bagi setengah bintang sebab x kelakar lansung.
ReplyDeleteSaheh ini kes tiga orang pemimpin umno yang jadi sasaran ni tak mahu hulur wang bila di minta sedekah oleh PERKASA.
ReplyDeleteBerapa ahli PERKASA diseluruh negara...cuba bagi senarai. Janganlah pulak bagi senarai ahli UMNO sebab tak semua ahli umno jadi ahli dan tak semua sukakan cara perkasa.
UMNO banyak dapat sumbangan dari CUKONG China. Yang kau orang pulak nak sembelih China, macam mana dia orang nak kasi sedekah untuk kau orang bagi makan anak bini. Butlah kerja yang diberkati dan berfaedah.