Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 14, 2014

1MDB: Najib Ditinggalkan Bersendirian?

Saturday, 13 December 2014
Ke Mana Menghilangnya Para Pengampu Dan Pembodek Najib?

Bersekali dengan laporan polis yang dibuatnya mengenai 1MDB, Khairuddin Abu Hassan juga meminta pihak-pihak tertentu dalam UMNO agar berhenti menjadi pembodek kepada pemimpin.

Mereka, sebaliknya menurut Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu, seharusnya bersikap pro aktif serta mempersoalkan apa yang betul dan salah dan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Berbanding jika hanya pembangkang saja yang membangkitkan mengenai 1MDB, keberanian pemimpin UMNO sendiri berbuat demikian sekaligus memberi mesej wujudnya penolakan yang makin ketara terhadap Najib.

Jika sebelum ini,  kewujudan elemen seperti yang dilakukan Khairuddin ini pasti mendapat libasan dan kecaman daripada para pembodek dan pengampu kuasa yang siang-siang lagi mahu menunjukkan wajahnya membela 1MDB dan Perdana Menteri, keadaan kini nampak sebaliknya.

Sejak semalam, hanya Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang tampil bersuara menyanggah perbuatan Khairuddin dengan mengatakan laporan polis itu tidak menggambarkan kehendak ahli UMNO di Bahagian Batu Kawan.

UMNO Pulau Pinang melalui Setiausaha Badan Perhubungannya, Musa Sheikh Fadzir pula, hanya lewat hari ini menyatakan apa yang dilakukan Khairuddin itu tidak menggambarkan pendirian UMNO negeri secara keseluruhannya.

Sementara laporan polis ini menjadi "lauk" kepada tentera siber pro PR untuk terus menghentam dan menjejaskan kedudukan Najib dengan pelbagai analisa dan ramalan, kedudukan Perdana Menteri yang dibiarkan begitu saja dalam situasi ini seperti memberi tanda tidak baik kepada masa depannya.

Berbanding kedudukan Najib sebelum ini di mana pantang diusik dan dipertikai apa saja berkaitan dengannya, wira pengampu dan pembodek selalunya lebih cepat tampil menonjolkan diri, Najib kini seolah-olah sudah kehilangan bala tenteranya.

Juga berbanding Pak Lah yang dianggap lemah sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu nyata mempunyai pengikut dan hulubalang setia yang sanggup  "bersinsing lengan" hingga ke akhir kariernya. Ke manakah agaknya menghilang para pembodek dan pengampu Najib sekarang ini? (SH 13/12/2014)


2 comments:

  1. Padan lah Mat Bahalol tanggung sendirian

    Yang kaya ber gaya dengan duit 1MDB bukan ada orang lain pun , hanya Mat Bahalol sama suku salat nya saja

    Orang orang Melayu lain jadi Bahalol Tegar bagi sokongan biar di tipu Mat Bahalol

    ReplyDelete
  2. Sampai masa Mamat ni akan tersungkur & rebah gak.Degil mcmana pun keadaan dh kritikal sgt dh & mmg dia x bole bertahan lagi. Lagi lama dia jd PM lg jahanam negara.Nak suap kaki bodek pun dh tak tersuap lagi dh.. duit dh kering.. lg nak suap bini dia lg yg kaki boros. Ya Allah! Selamatkan Malaysia!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa