Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 7, 2014

Bayi Disangka Mati: Ditanam Dua Jam Didapati Masih Hidup

2 jam ditanam masih hidup
hmetroAhad, 7 Disember 2014 @ 5:10 AM

Liaoning: Seorang bayi yang baru lahir disangka mati dan ditanam selama dua jam didapati masih hidup selepas kuburnya digali semula.

Lu Xiaoyun melahirkan bayi itu di sebuah ladang di sini, tetapi menyangka dia keguguran kerana percaya dia baru empat bulan hamil walaupun sebenarnya sudah enam bulan mengandung.

Selepas melahirkan anaknya itu, dia segera menghubungi suaminya, He Yong yang pulang dari tempat kerja dan mendapati isterinya berlumuran darah.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, suaminya memberitahu kru ambulans bahawa tidak ada gunanya memeriksa bayi berkenaan yang dikatakannya sudah mati kerana lahir tidak cukup bulan.

Bagaimanapun, apabila doktor memberitahu bayi itu mungkin masih hidup, Yong bergegas pulang tetapi mendapati anaknya sudah ditanam ibu mentuanya.

2 comments:

  1. Hanya dgn takdir Allah SWT sahajalah yg menggerakkan hati mereka, sehingga kubur itu digali semula. Pengajaran yg dapat dikutip adalah, jangan membuat keputusan secara semberono bersendirian.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah

    Kekuasaan Allah SWT amat besar.

    Unat umat Melayu gagal menghayati Islam sehingga menongkat langit bagai Bahalol mencari Ketam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa