Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 7, 2014

Takziah: Anggota Malbat meninggal dunia di Lubnan

Anggota Malbat meninggal dunia ketika bertugas di Lubnan
OLEH KUMARA SABAPATTY DI KUALA LUMPUR - 07 DEC 2014

Seorang anggota Malaysian Battalion 850-2 (MALBATT 850-2), Kopral Azman Che Doh yang bertugas dalam misi Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) meninggal dunia semalam.
Allahyarham merupakan anggota CRT (Combat Rescue Team) MALBATT dan menyertai misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mulai 18 September lalu dan mula menyertai perkhidmatan Aangkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 16 Januari 2001.
Kenyataan Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan berkata, Azman telah tidak menyedarkan diri secara tiba-tiba ketika sedang bertugas di Kemn UNP -2-1, Kem Marakah Lubnan.
"Beliau telah dikejarkan untuk rawatan awal di Hospital Level 1 MALBATT oleh pegawai Perubatan, Kapt. Dr. Mohd. Hamzi MOhd Yatim dan memandangkan anggota tentera itu masih tidak sedarkan diri, dia telah dirujuk ke Hospital Level 2, NAQOURA dan dirawat pakar perubatan hospital tersebut.
"Bagaimanapun, pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan, Azman telah disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan Hospital Level 2, NAQOURA.
"Punca kematian anggota belum dapat dipastikan dan bedah siasat akan dilakukan pada Isnin, 8 Disember 2014 di Hospital Hariri, Beirut, Lubnan," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, sehingga kini, maklumat mengenai ketibaan jenazah ke Malaysia belum dapat dipastikan dan segala urusan jenazah Allahyarham akan diuruskan oleh UNIFIL bersama MALBATT 850-2.
Kata kenyataan itu, majlis penghormatan jenazah akan diadakan di Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia Subang dan jenazah akan diterbangkan ke Kota Bahru bagi pengurusan pengkebumian.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatimah Senik dan tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki berusia tujuh, empat serta tiga tahun.
Allahyarham berasal dari Kampung Pelunggol, Melor, Kota Bahru, Kelantan dan sebelum menyertai misi PBB Azman telah bertugas di Rejimen 11 Gerakhas yang berpengkalan di Kem Sungai Udang, Melaka. - Malaysia Gazette

2 comments:

  1. Salam Takziah pada anak isteri kluarga.

    Moga2 ATM pimpinan beri jagaan terbaik kepada anak2 arwah.

    ReplyDelete
  2. Takziah buat kaum keluarga, sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali. Al-Fatihah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa