Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 13, 2014

Berita Media Sosial Ali Ditahan Interpol Adalah Karut!

Putrajaya nafi aktivis Ali ditahan Interpol, pulang ke Malaysia 
Published: 13 December 2014 - TMI
Ali Abdul Jalil ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan hasutan, September lalu. Aktivis tersebut kini hidup dalam buangan di Sweden selepas pasport beliau dibatalkan kerajaan Malaysia. – Gambar The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014. 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini seperti tersebar dalam laman sosial Facebook.
Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan jika mempunyai apa-apa maklumat terbaru berhubung perkara itu.
"Berita yang tersebar dalam laman sosial itu tidak benar," katanya hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp kepada Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang
maklumat berhubung perkara itu.
Semalam, menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya, Ali menyatakan:  "Aku diangkut Interpol ... malam ni dibawa pulang ke Malaysia ... esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari ... Never give up".
Ali yang berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi raja di negara ini melalui laman Facebooknya, melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik.
Isnin lepas, Jabatan Imigresen mengumumkan pasport Malaysia Antarabangsa milik Ali ditarik balik berkuat kuasa serta merta. – Bernama, 13 Disember, 2014.

1 comment:

  1. Ali dan Alvin ini bukan budak bahalol macam jutaan bahalol dalam umno dan pas.

    Boar lah Ali Melayu ini buat nsma dan ber dikari di luar sana.

    Byk anak2 Melayu merempit meragut melepak kat dalam negara pun nak buat apa.

    Apa kita bangga anak cucu cicit kita bahalol ke ???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa