Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 13, 2014

Hudud: Untuk Lepas Tanggung Jawab, Ok. Menang Belum Tentu!

Bila tinggalan penjajah berakar umbi dalam kepala dan jiwa raga.....
Ingat senang nak berubah?
Cina DAP dan MCA satu hal....yang Melayu karat bagaimana pula?
Tak termasuk lagi soal makanisma pelaksanaannya

Hudud di bawa ke Parlimen dalam masa terdekat, kata 2 tokoh PAS
Published: 13 December 2014 - TMI
Cadangan menguatkuasa undang-undang hudud menerima bantahan DAP dan pelbagai pihak lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.

Walaupun isu hudud sentiasa memanaskan hubungan antara PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat khasnya DAP, dua ahli Parlimen PAS meletakkan harapan tinggi bahawa undang-undang hudud akan dibawa ke sidang Parlimen dalam masa terdekat.
Keyakinan kedua-dua mereka, Nik Mohd Abduh (Pasir Mas) dan Nasruddin Hassan (Temerloh) itu berdasarkan pembentukan satu jawatankuasa antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kelantan.
"Kita telah bersetuju beberapa bulan lepas untuk mengadakan jawatankuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.
"Jawatankuasa itu berjalan dan saya dimaklumkan oleh pihak parti bahawa kita dalam proses akhir dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam jawatankuasa tersebut.
"Kita letak harapan tinggi bahawa kita akan bawa hudud ini di sidang Parlimen dalam masa terdekat," kata Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.
Nasruddin pula berkata, setakat ini, perkara itu belum selesai, jangkaan awalnya pada Disember lepas tetapi tidak sempat, jadi kemungkinan pada sidang dewan akan datang.
"Jadi hasrat untuk membentang ‘private bill’ Rang Undang-undang Jenayah Syariah di Kelantan itu tidak pernah kita hentikan," kata Nasrudin dalam wawancara khas dengan Harakah.
Sebelum ini, DAP pernah memberiman amaran kepada PAS ia akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika ada mana-mana wakil rakyat PAS membentang rang undang-undang persendirian mengenainya.
Ekoran itu, PAS Pusat menangguhkan cadangan yang dikemukakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub itu.
Menjawab isu ini, Nik Abduh berkata, PAS telah hadapi tentangan yang lebih kuat lagi sebelum ini.
"Kita sudah hadapi sebelum ini, kita hadapi yang menyokong, kita hadapi yang membangkang. Kita pernah berhadapan dengan tentangan lebih teruk, sekarang tak teruk dah, nak sokong dah.," katanya.
Katanya ada janji dan dalam kalangan ahli Umno, pemimpin Umno pun tidak cakap buruk mengenai hudud dan mereka lebih lunak.
"Itu menandakan bangkangan terhadap kesediaan PAS, untuk bawa hudud ini semakin hari semakin ringan. Jadi kalau dulu teruk kita hadapi, sekarang lebih senang," katanya.
Nasrudin pula berkata, PAS dan DAP telah mencapai kata sepakat untuk "bersetuju untuk tidak bersetuju".
Katanya, memang telah ada persetujuan bersama ditandatangani ketiga-tiga pimpinan utama parti.
"Kita pun setuju untuk tidak ganggu dasar parti dia dan dia pun setuju tidak ganggu dasar parti kita," katanya. – 13 Disember, 2014.

7 comments:

  1. PAS sedang menjilat umpan Umno, itu yg tidak disedarinya. Umno hanya menunggu PAS ngap umpan yg dihulur. Hanya semata-mata Umno bersikap lunak PAS telah tergoda begitu mudah, walhal jika Umno benar-benar serius mereka sudah tentu mencanang hasrat itu tanpa henti. Akhirnya nanti PAS jugalah yg terkonteng-konteng akibat kena main oleh parti syaitan yg dikenali itu.

    ReplyDelete
  2. Takpe...janji sebagai org islam kita tunaikan dulu tanggungjwbkita...soal kalah menang..allah akan bantu bila dh bergerak nanti. Bukan undi cina atau india menentukan. Kenapa islam perlu mengalah. Tolak ansur ok.
    Bab melayu karat tu..tanyalah idola korg anuwar...dia lbh ringan mulut utk sokong israel brrbanding hudud. Nama allah sap2 pun blh pakai. Acuan islam terbaik bgnya adalah kamal attartuk...liberal bebas...nk murtad pun lantaklah. Agak2 eh klu anuwar surh azan kot bahasa melayu nt pun korg ttp sanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu buta sejarah sebenarnya. Disebabkan bertolak ansurlah kerana sesama Islam dan melayu pula, Datuk Asri membawa PAS menyertai BN pd awal 1970an. Ketika itu Umno mula goyah dan dgn penyertaan PAS dlm BN, maka Umno bernafas semula. Bila Umno sudah kuat dan selesa, dgn liciknya Umno menerajang PAS keluar dari BN di tahun 1978 (kalau tak silap). Kamu boleh bertanya pd Nik Aziz atau mana2 orang lama dlm PAS termasuklah Hadi Awang untuk pengesahannya. Akhirnya PAS merudum, perjuangan Islam secara bersama itu hilang entah ke mana. Itu yg dimaksudkan oleh Nik Aziz jangan dipatuk ular dua kali dlm lubang yg sama. Itu kalau kamu buat sejarah, tapi kalau dari kumpulan bangang yg Najib katakan cerita pun tak guna.

      Delete
  3. Anon12:55 PM, selamnyalah kamu diperbodohkan oleh puak pas sendiri, tanyalah hadi barua/msu munafiq, adakan mereka ni benar ihklas? semua tu politiking je, kamu yg bangang terhangguk2 percaya..

    ReplyDelete
  4. Teruskan dan kurangkan politiking.
    Filter tapis baru tahu.

    ReplyDelete
  5. Hudud ini boleh di laksana dan bangsa2 bukan islam akan patuh tiada masalah.

    Isu nya , lahanat Melayu Islam dalam umno bukan semua nak hudud... Mereka hidup menongkat langit nak kaya cepat , susah lah kalau ada hudud.

    Mamat2 mata mata pun tak boleh mintak duit kopi , perut pun kurus lah.... Tak kaya lah.

    Luci nya mufti mufti semua senyap saja macsm tak setuju ??? Macam msna ini ???

    Bila was was , bukan Islam pun takut lah....

    ReplyDelete
  6. Teruskan dah lama saya tunggu agenda tersebut di laksanakan.
    Arab Saudi boleh Brunei dan Acheh laksanakan keatas bukan Islam sekali. Jangan putus asa kalau gagal cuba lagi. Adakan post mortem atasi bahagian lemah. Kurangkan emosi lebihkan rasional.
    Dari sini kita boleh tapis NGO mana yang sumbang dan telus terhadap Islam.
    Yakinlah pada yang Maha Kuasa.
    Setakat yang berkuasa di bumi ni macam habuk je. InsyaAllah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa