MP Taiwan dedah bilik 'rahsia' MP BN
mk - 11:21AM - 16 Dec 2014
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Mohd Puad Zarkashi mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau didekati oleh bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada 2008 untuk memujuknya melompat parti kepada pembangkang.
Ini termasuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Puad berkata beliau bertanya bagaimana pemimpin PKR itu mengetahui biliknya kerana hotel diminta merahsiakannya.
Saifuddin menjawab, kata Puad, beliau mendapat bantuan daripada anggota parlimen Taiwan.
Puad memberi keterangan dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan Anwar terhadap Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman.
Anifah bagaimanapun berkata beliau memberitahu Saifuddin bahawa beliau setia dengan BN dan tidak dapat dipengaruhi.
para pengkhianat negara ? ABU !
ReplyDeleteIni semua lahanat enjoy sakan duit rakyat. Nak harap elaun mana cukup...
ReplyDeleteApa gunanya mengajak lanun2 itu menyertai PR? Nasib baik lanun tegar itu menolak, jika tidak PR dah lama punah.
ReplyDelete