Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 16, 2014

Sama Yang Tak Serupa.....

Pada aku.........dua kali lima saja
Kekusutan tak mudah terlerai dengan minda yang serupa

Tuan Ibrahim calon pilihan ganti Hadi dalam PAS, kata firma kajian
Oleh Zulkifli Sulong, Pengarang Analisis dan Rencana
Published: 16 December 2014
Jika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur, calon yang popular menggantikan beliau adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana tidak ada calon lain meskipun naib presiden popular Datuk Husam Musa, yang boleh menewaskan ahli Parlimen Marang itu jika berlaku pertandingan satu lawan satu.
Inilah maklum balas awal diperolehi daripada satu kajian yang dibuat di kalangan perwakilan dan akar umbi PAS.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomudin Bakar memberitahu The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim adalah calon popular dalam penemuan awal kajian terbaru yang dilakukan firmanya di kalangan perwakilan PAS seluruh negara yang kini menyelesaikan kajian di Perlis, Kedah dan juga Johor.
Perwakilan masih percaya Hadi akan akan berjaya mengekalkan jawatannya jika kerusi itu dipertandingkan, katanya.
Walaupun pertelagahan semakin meningkat dalam parti Islam itu, cadangan menukar kepimpinan masih tidak realistik, kata Hisomudin, meskipun jika Timbalan Presiden Mohamad Sabu atau Husam yang mencabar beliau.
"Kajian kami menunjukkan pengaruh Hadi masih kuat dan dia akan kekal sebagai presiden. Kalau berlaku perubahan pun di peringkat timbalan dan naib.
"Husam, Mat Sabu atau Ahmad Awang tidak akan berjaya mengalahkan beliau," kata Hisomuddin.
Hasil kajian ini diperolehi selepas beberapa bulan PAS mengadakan Muktamar ke-60 di Batu Pahat yang menyaksikan Hadi mengambil sikap menyerang pihak tidak bersependapat dengannya dalam parti ekoran pertelagahan di kalangan Pakatan Rakyat dalam kerusi menteri besar Selangor.
Hisomuddin berkata, kajian itu menunjukkan ahli PAS mahu komposisi kepimpinan parti dikekalkan dengan gabungan antara profesional dan ulama.
"Kebanyakan menolak kumpulan yang terlalu ekstrem sama ada di kalangan ulama yang mahukan kepimpinan PAS dikawal ulama sepenuhnya atau kumpulan ekstrem profesional yang mahukan golongan itu mengawal kepimpinan PAS.
"Mereka mahukan gabungan antara kedua-duanya dikekalkan," kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.
Hisomudin berkata atas dasar itulah, mereka mahukan pemimpin seperti Tuan Ibrahim, merujuk kepada naib presiden PAS yang juga pesuruhjaya PAS Pahang yang juga seorang ulama.
Kajian Ilham Centre itu disokong veteran PAS Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Beliau berkata, semua pihak dalam PAS perlu menerima calon kompromi untuk membolehkan PAS terus maju ke depan.
"Saya suka mencadangkan satu calon kompromi yang tidak akan dipersetujui semua pihak tetapi tidak akan ditolak semua pihak iaitu Tuan Ibrahim," kata Wan Rahim.
Wan Rahim berkata, kepada Hadi, diminta menerima realiti yang melanda parti itu sekarang.
"Saya yakin presiden sendiri tidak akan terima pencalonan kali ini kerana sayangnya kepada PAS dan kalau dia dapat melihat senario semasa secara realistik saya yakin dia tidak akan terima pencalonan dan usulkan Tuan Ibrahim atau calon seumpamanya untuk mengambil alih parti," kata Wan Rahim, bekas Speaker DUN Kelantan itu.
Wan Rahim berkata, suasana yang ada dalam PAS sekarang memerlukan semua pihak menerima kompromi dan tidak mengulangi sejarah perpecahan PAS yang sangat teruk pada 1982.
"Kalau diterima sedialah untuk maju ke depan. Kalau ditolak sedialah untuk mengulangi sejarah 1982 di mana PAS berpecah dua dan kita ambil masa 30 tahun lagi untuk sampai ke tahap ini," katanya yang yang dipertua PAS kawasan Kota Baru.
Wan Rahim mempunyai pengalaman peribadi dalam peristiwa perpecahan PAS 1982 apabila kepimpin Datuk Asri Muda dipertikaikan sebahagian ahli dan pimpinan PAS.
Ketika itu, katanya, ahli PAS diberikan dua pilihan sama ada bersama presiden dan orangnya atau parti keseluruhannya.
"Di kawasan saya, Kota Baru, daripada 24 AJK PAS kawasan, 16 menyokong bersama presiden dan lapan lagi termasuk saya sebagai ketua pemuda kawasan ketika itu menyokong bersama parti," katanya.
Selepas perpecahan itu, katanya, PAS terpaksa dibina semula dan memerlukan masa 30 tahun untuk sampai kepada tahap yang ada sekarang ini.
Wan Rahim berkata, PAS tidak boleh menerima perpecahan sekarang walaupun ada teori agar PAS menurut jejak langkah Turki yang memecahkan parti Islamnya kepada dua iaitu AKP dan Saadet.
AKP yang progresif berjaya memerintah Turki sehingga sekarang selepas menang pada percubaan pertamanya pada 2002 manakala Saadet yang dikira konservatif menjadi parti pembangkang yang kecil kini.
"Suasana di Turki lain dan saya yakin sukar untuk kita mengikut jejak langkah AKP di Malaysia. PAS tidak sedia untuk berpecah," katanya. – 16 Disember, 2014.

8 comments:

  1. Pada aku dia tak sesuai... "lain orang cakap... lain yang dia ulas". Nampak macam neutral... tapi memang UG.

    ReplyDelete
  2. tanpa perubahan tampuk pemimpin pakai dengar lah parti islam mau kedepan ! jangan lupa ABU & lawan geng pro 'ug' !

    ReplyDelete
  3. Kali ini pilihlah geng UG mana pun di dalam PAS untuk mengekalkan prinsip "bangang" Kepimpinan Ulama, PAS akan hanya dipenuhi orang ramai semasa ceramah sahaja tapi di peti undi PAS akan jadi minoriti selamanya. Rakyat marhaen dah amat meluat perangai ulama PAS yang hanya pandai bercerita dan menakutkan mereka tentang akhirat sebaliknya puak munafik ini hanya menggunakan status bagi mengejar keduniaan. Dunia sekarang ini dah kurang laku menjual agama kepada cerdik pandai teapi hanya laku kepada geng serban yang berotak kemetot sahaja.

    ReplyDelete
  4. Semua ok janji hadi awe melepaskan jawatan presiden pas
    Itu je masalahnya
    Kuburkan UG

    ReplyDelete
  5. Ini bebudak bahalol jugak.

    Kalau bagus , Klantan tak jafi benggap.

    ReplyDelete
  6. Kalau puak progreesif yg proffesional menang besar kemungkinan perpecahan berlaku tp kalau puak ug menang jd presiden puak professional akan stay... Sbb geng ug ikut perasaan mcm tok presideng....

    ReplyDelete
  7. Sama macam najib ganti pak lah... tak ada beza

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa