Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 17, 2014

Ha...Haa.....Melayu Telah Berjaya Dihantukan!

Biasalah siapa yang berfikiran sempit dan otak lemah senang dimomokkan. 
Nak pulak jenis penakut dan hilang jati diri.

Siapa punya kerja menakut-nakutkan mereka ini?

Ramai kaum Melayu khuatir 13 May berulang
 | December 16, 2014
Tinjauan mendapati 53 peratus daripada kaum Melayu khuatir trajedi berdarah 13 May akan berulang.
may13KUALA LUMPUR: Satu tinjauan oleh Merdeka Centre yang tidak disiarkan menunjukkan bahawa 53 peratus responden Melayu masih khuatir jika rusuhan kaum seperti yang pernah berlaku pada 1969 bakal berulang lagi.
Menurut laporan Malay Mail Online, berbanding responden Melayu, sebanyak 67 peratus responden China yang berdaftar yakin bahawa rusuhan kaum seumpama itu tidak akan berulang manakala 47 peratus kaum India pula sependapat dengan kaum Melayu.
Berdasarkan perspektif umur, 52 peratus daripada responden yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapat bahawa rusuhan kaum mungkin berulang dan 36 peratus yang terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas juga sependapat.
Sementara itu, sebanyak 52 peratus responden yang bekerja di sektor swasta atau menjalankan perniagaan percaya kemungkinan peristiwa itu berulang adalah tipis.
Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian dilaporkan berkata, “Masyarakat Cina pada keseluruhannya sudah melupakan peristiwa 13 May, bagaimanapun tinjauan kami mendapati kaum Melayu masih terpengaruh dengan ketidakstabilan masa lampau.
“Kemungkinan juga, keadaan ini berkait rapat dengan kekurangan dalam sektor ekonomi yang dirasai oleh masyarakat itu,” tambahnya.
Ibrahim berkata demikian berdasarkan peningkatan kos sara hidup dan kekhuatiran masyarakat Melayu jika mereka terus ketinggalan dalam sektor ekonomi.
Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa terdapat lebih separuh daripada mereka yang terdedah kepada media perdana dan 46 peratus yang menggunakan kemudahan internet merasakan bahawa ketidaksamaan ekonomi daripada peningkatan kos sara hidup mungkin menjadi pencetus kepada rusuhan kaum.
Menariknya, 61 peratus daripada mereka yang terdedah kepada media alternatif berpendapat rusuhan itu tidak akan berulang lagi.
Beliau seterusnya berkata, sekiranya rusuhan kaum akan berlaku, ia akan bermula di tempat-tempat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan di mana tahap ekonomi saling bersaing serta tempat-tempat yang mempunyai sejarah ketegangan kaum.

5 comments:

  1. Jika berlaku rusuhan kaum ala 13 MRI 1969, ia adalah disebabkan hanya apabila Umno tewas banyak kerusi di parlimen, sama spt yg berlaku dlm PRU tahun 1969 dulu. Dgn logik akal, masakan pihak yg menang pula yg mula mencetuskan huru-hara berlaku.

    ReplyDelete
  2. Orang melayu malas nak kaya senang cara penipu dan pencuri.

    Bila bahalol , ajaran agama jadi numbor dua bila perut anak bini kena isi cara tipu dan curi akibat malas.

    Orang Melayu rata rata malas pun.

    ReplyDelete
  3. Adoiii.udah laaaa.org dok bina negara kasi maju kita melayu cerita hantu mcm ni gak yg diaorg pilih.13 may dah hmpir 50 thn berlalu.dok gee puja hantur qubur tu wat pee.kak ipar aku kawin dgn cina piang n dah beranak pinak pon.x lama lg dpt la cucu yg mungkin sepet matanya.abg ipar wa ibunya cina yg sepet matanya.diaorg anak beranak kalo berjln kat luar org cina akn speaking cong ceng cong ceng dgn mereka.so apanya 13 may tuh.itu baru satu contoh.apa laaa melayu umngok mentaliti nihhh.bosonnya aku.apsal minat sgt nak berparang2 neh.bnyk lg kerja.

    ReplyDelete
  4. Besar kemungjinan peristiwa itu berulang jika hamno, perkasa dan seangkatan dgn mereka tetys menerus memainkan sentimen perkauman ketana bimbangkan kehilangan kuasa untuk terus merompak rakyat. Cuma rakyat sekarang ramai yg cerdik dari yg bodoh.....

    ReplyDelete
  5. Di siang hari Pemimpin umno jerit terpekik terlolong....melayu sedang diancam...bersatulah dan sokong kami dan biarlah kami terus memerintah demi keselamatan dan kesejahtetaan kamu.
    Di malam hari najib berpesta dgn jho low merompak rakyat melalui skim penipu 1MDB nanakala ibrahim ali bapa perkasa yg sewel sedang mengadap vincent tan meminta sedekah untuk menyara anak cucu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa