06 Disember 2014 1:08 AM
Parlimen Belgium akan membentang usul bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara tidak lama lagi
BRUSSELS 5 Dis, – Parti Perikatan yang memerintah Belgium dilaporkan bersetuju untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Portal berita PressTV melaporkan empat parti utama tersebut, Pergerakan Reformasi; Parti Liberal dan Demokrat Flemish; Parti Kristian-Demokratik dan Flemish; serta Perikatan Flemish Baharu, akan membentangkan usul di Parlimen bagi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Dokumen tersebut akan dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan, namun tiada tarikh ditetapkan.
PressTV melaporkan usul tersebut akan dibentangkan pada ‘waktu bersesuaian’.
Portal berita, RT yang memetik akhbar bahasa Perancis Belgium, Le Soir melaporkan usul tersebut telah dirangka pada awal minggu ini.
Belgium mungkin menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) kedua selepas Sweden untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada tahun ini.
Sweden secara rasmi telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, walaupun beberapa Parlimen negara anggota EU turut meluluskan usul simbolik bagi menggesa kerajaan masing-masing mengambil tindakan sama.
Parlimen Sepanyol, Britain dan Ireland sebelum ini meluluskan usul simbolik itu yang tidak mengubah polisi kerajaan negara masing-masing.
Alhamdullillah
ReplyDelete