Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 6, 2014

Perkasa Pulau Pinang Berantakan....

Perkasa hadapi krisis kepimpinan, 30 letak jawatan di Pulau Pinang
Published: 6 December 2014
Latifah Mohd Noor yang disingkir dari jawatan ketua Perkasa Wiranita di Permatang Pauh (dua dari kiri) bersama pemimpin lain Perkasa bahagian itu, ketika mengumumkan peletakan jawatan mereka, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 6 Disember, 2014.

Lebih 30 pemegang jawatan Perkasa Pulau Pinang meletak jawatan sebagai membantah kepimpinan pengerusi negeri kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu itu.
Pada masa sama, Perkasa bahagian Permatang Pauh juga mahu pengerusinya Fadzil Shuib melepaskan jawatannya, kata ketua penerangannya Norhalim Abdul.
Peletakan jawatan kepimpinan Perkasa peringkat negeri dan bahagian itu ekoran penyingkiran Latifah Mohd Noor dari jawatan ketua Perkasa Wiranita awal minggu ini.

"Kami ingin menyatakan pendirian kami yang kami hilang keyakinan terhadap pengerusi. Beliau memecat Latifah sebagai Ketua Wanita kami tanpa memberi penjelasan munasabah.
"Dia tidak pernah diberitahu tentang itu sebelum penyingkirannya. Dia hanya mengetahuinya pada 1 Disember apabila dia nampak namanya tiada dalam senarai pemegang jawatan peringkat negeri.
"Apabila Perkasa negeri mengadakan mesyuarat dengan bahagian-bahagian pada hari berikutnya, namanya sudah digantikan dengan nama orang lain," katanya kepada pemberita malam tadi di Guar Perahu, Permatang Pauh. – 6 Disember, 2014.

1 comment:

  1. Haha... tak ambil pot langsung. Presiden perkasa mampos sekali pun... ada aku kesah?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa