Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 16, 2014

Info grafik: Besi Buruk HMS Repulse Pun Nak Dicuri!

Khazanah warisan dicuri
Oleh Amin Ridzuan Ishak Dan Syazwan Msar

KUANTAN: Khazanah warisan sejarah negara seperti kapal British Perang Dunia Kedua di perairan negeri ini mungkin lenyap akibat dicuri nelayan asing berikutan kegagalan pihak berkuasa mewartakannya sebagai kawasan dilindungi bagi mengelak pencerobohan.
Ada dua kapal perang tenggelam di perairan negeri ini iaitu HMS Repulse serta HMS Prince Of Wales di 60 batu nautika dari Tanjung Gelang, dekat sini dan sudah ada cubaan untuk mencuri tinggalan kapal berkenaan oleh nelayan Vietnam, bulan lalu.
Pada 22 Mei 2008, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pernah mencadangkan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan supaya mengambil inisiatif menjadikan tempat tenggelamnya kedua-dua kapal perang itu sebagai kawasan warisan dilindungi.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Nasir Adam, berkata pihaknya hanya dapat membuat pemantauan di perairan negara tetapi tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap penceroboh khususnya di kawasan itu.
"Kita memang ada tahan tetapi tindakan lanjut tidak dapat diambil terhadap penceroboh. Kita minta agensi berkenaan mewartakan kawasan ini terlebih dulu (sebagai kawasan warisan dilindungi).
  "Bagaimanapun, kita sering membuat rondaan di sekitar perairan pantai timur termasuk kawasan kapal perang tenggelam yang ada di Pahang, untuk memantau segala aktiviti mencurigakan terutama oleh nelayan asing," katanya kepada BH di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa