Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 17, 2014

“Janganlah pandai ambil duit rakyat dan seterusnya lari dari jauh”- Siti Aishah

Beranikah Rosmah sambut?  - link kat bawah:
Aishah: Berani ambil duit rakyat, berani jelaskan
 | December 17, 2014
Ketua Srikandi menasihatkan Rosmah supaya belajar seni bahasa politik
Rosmah PermataPETALING JAYA: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata beliau ingin menyampaikan mesej kepada kerajaan supaya berani perjelaskan isu berkenaan dana yang tidak jelas kepada Pusat Anak PERMATA Negara (PERMATA).
Hari ini, beliau dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 di atas kenyataannya yang mempersoalkan dana di dalam PERMATA dan kononnya telah menjejaskan kredibiliti PERMATA.
Sehubungan itu, Aishah menyelar tindakan polis kerana bertanyakan sekiranya beliau dibayar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Itu satu tuduhan keras oleh pihak polis. Ini seolah saya dibayar dan pegawai polis yang sepatutnya menanyakan tidak hadir dan diganti oleh wakil polis, June Umar,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, di sini hari ini.
Aishah yang mendakwa bahawa tindakan seumpama itu adalah amalan biasa oleh UMNO berkata, apabila tidak dapat menjawab satu-satu isu mereka akan menggunakan undang-undang sebagai jalan terakhir bagi mengekang rakyat daripada mengetahui perkara berkaitan.
Beliau yang menyifatkan soalan yang ditanya tidak relevan dan hanya mengandaikan beberapa perkara sahaja bagaimanapun berkata, akan hanya menjawab di Mahkamah jika perkara tersebut dibawa ke sana kelak.
Tambahnya, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu belajar seni bahasa politik.
Beliau berkata kritikan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah selepas mendapati belanjawan disalurkan kepada PERMATA yang tidak spesifik dinyatakan.
“Sebagai kerajaan yang matang harus menjawab isu ini dan bukan hanya menutup kes sedia ada. Kami tidak ada masalah disiasat dan kami akan lawan di mahkamah,” jelasnya.
“Janganlah pandai ambil duit rakyat dan seterusnya lari dari jauh,” ujarnya lalu menyambung, “Selekeh-lekeh isu ini perlu dijawab dan wang rakyat perlu dijelaskan.”

2 comments:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa