Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 17, 2014

Parah: Pemimpin UMNO Peringkat Cawangan Pun Berani Sanggah Najib!

Najib perlu berundur demi nafas baru parti, desak pemimpin Umno cawangan
TMI - Published: 17 December 2014
Ketua Penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Syed Rosli Jamalullail tulis surat terbuka minta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Selepas pemimpin Umno bahagian membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dipengerusi Datuk Seri Najib Razak, kini seorang pemimpin Umno cawangan pula menulis surat terbuka agar perdana menteri meletakkan jawatan.
Surat terbuka Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor Syed Rosli Jamalullail menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.
"Sesungguhnya kami ahli Umno merasakan perkhidmatan Datuk Seri tidak lagi diperlukan," katanya dalam surat itu.
"Bukan kami hendak menghina Datuk Seri tetapi kami rasakan lebih baik Datuk Seri berundur secara hormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno," katanya.
Beliau berkata, Umno ketika ini sudah semakin lemah daripada segi sokongan orang Melayu mahupun pengundi parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama parti berteraskan bangsa Cina dan India.
"Jikalau Datuk Seri betul-betul sayangkan Umno dan BN maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundurlah," katanya yang juga penolong setiausaha Pemuda cawangan itu dalam surat berkenaan.
Katanya, meskipun mereka mengucapkan terima kasih kepada Najib yang banyak berjasa, "namun disebabkan liabiliti teramat besar dan kuat untuk kami tanggung maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundur”.
Syed Rosli yang juga calon ketua Pemuda dalam pemilihan Umno tahun lalu meminta Najib membantu mereka "supaya menjadi kuat semula dengan Datuk Seri berhenti".
Secara sinis beliau berkata, tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci "nanti Datuk Seri tidak mengaku dan saman saya mana mampu hendak bayar".
Sebelum ini, Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.
Beliau yang merupakan penerbit buku "50 dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi PM" itu berkata siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi syarikat tersebut.
Susulan itu, blogger Umno yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang Najib secara berterusan dan bukan 'friendly' lagi. – 17 Disember, 2014.

1 comment:

  1. Ini pun bebudak darah EEEE....

    Ada Maha Firaoun boleh lah , kalau tak ade jadi kitol lah dia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa