Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 4, 2014

Jawapan Slamber Rock!

Saya tidak pernah mohon ‘Datuk Seri’ Selangor, kata Anwar
Published: 4 December 2014
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun gelaran 'Datuk Seri' yang dikurniakan oleh bekas Sultan Selangor ditarikbalik. – Gambar fail The Malaysian Insider.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan atau permintaan kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) yang membawa gelaran "Datuk Seri" kepadanya pada 1992, namun darjah kebesaran itu dikurniakan kepadanya atas perkenan bekas Sultan Selangor itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, Anwar berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun akan sentiasa menjunjung Perlembagaan negara, Raja berperlembagaan, dan demokrasi berparlimen di negara ini.
"Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.
"Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya," katanya, dalam kenyataan itu, tanpa menggunakan gelaran "Datuk Seri". – 4 Disember, 2014.

4 comments:

  1. Lebih indah tk bergelar. Rakyat yg penting jika mau penhormatan....tk ada yg berjela medal tu tk jadi kudis lsgi.
    Telalu hebat "nilai" gelaran sampai teriklan di seberang laut.
    Juga Allah swt hanya gelar dn psnggil kita dgn gelaran yg ibubapa berikn...gelaran itu yg mesti kita muliakn.
    Yg lain tu hanyalh mainan mereka yg tk sedar gelaran yg diiktiraf Tuhan itu lh yg mesti dipertahsnkn!
    Biar saja begitu!

    ReplyDelete
  2. Tak pernah mintak, tapi tak pernah tolak !....eeemmm biasa laa, nama pun anwar berahim, kaki puter belit.

    Satu gelaran kena tarik bermakna sudah hilang kepercayaan sultan kepada kewibawaan anwar,...gelaran2 yang lain sudah turut tidak bermakna lagi.

    Talkin untuk kerjaya politik Anwar !

    ReplyDelete
  3. Darjah kebesaran yg membawa gelaran hanya sesuai dgn penyanyi dan pelakon terpilih yg tidaklah besar manapun jasanya, termasuklah artis Bollywood. Untuk ahli perniagaan yg kaya2 tu, ia dah sedia maklum.

    ReplyDelete
  4. Mana ada sama orang orang ber pelajaran bijak dan matang , dengan orang orang bahalol...???

    Tak sama , orang menongkat langit dengan orang merindu kan alam kubur.

    Tak sama , air muka pun tak sama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa