Kini sedang menunggu maklum balas rasmi daripada Anwar sendiri.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan memberikan sebarang ulasan soal penarikkan semula gelaran ‘Datuk Seri’ daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak ada komen (no comment),” katanya sewaktu ditemui pemberita selepas pelancaran Majlis Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku di Foyer SUK.
Manakala, bagi ADUN Batu Caves, Amirudin Shari beliau menyifatkan penarikkan semula itu atas budi bicara Tuanku dan pihaknya kini sedang menunggu maklum balas rasmi daripada Anwar sendiri.
“Bagi pihak Pakatan Rakyat, kita jelas bahawa gelaran dan penghargaan jika diberikan kita ucap terima kasih. Namun ia bukan penghalang kepada Pakatan Rakyat untuk terus bertindak dan melaksanakan tugas kepada rakyat,” katanya sewaktu ditemui media di lobi Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Namun Amiruddin yang juga merupakan Setiausaha PKR Selangor turut menyatakan, Anwar masih boleh dipanggil ‘Datuk Seri’ kerana beliau masih mendapat gelaran Datuk Seri sewaktu jawatan Timbalan Menteri.
“Bagi pihak Pakatan Rakyat, penghargaan dan gelaran yang diberikan adalah satu pengiktirafan. Ada atau tidak ada, Pakatan Rakyat akan terus bertindak berdasarkan perlembagaan, perjuangkan rakyat dan melaksanakan reformasi sebagaimana yang kita harapkan,” ujarnya.
Sebelum ini, darjah kebesaran ‘Datuk Seri’ yang dianugerahkan oleh Sultan Selangor pada tahun 1992 kepada Anwar Ibrahim telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November lalu.
Darjah Kebesaran tersebut ditarik kerana tindak tanduk Anwar Ibrahim yang sering mempersoal integriti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan juga di dalam krisis Menteri Besar Selangor.
Tindakan Penasihat PKR, itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang darjah kebesaran itu.
Darjah kebesaran? Tak perlu.
ReplyDeleteBoleh kenyangkah jika ada gelaran Datuk Seri itu? Tan Seri Eric Cheah, Tan Seri Rahim Tambhy Chik (Datuk T) dan ramai lagi yg ada gelaran tapi mcm bangkai.
DeleteBebende ini saja bebudak bahalol buat biar sibuk surat khabar sampai rakyat lupa 1MDB dan PFI yang negara nak bankrap.
ReplyDelete