Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 15, 2014

Kantoi: Rupanya Selama Ini Memang Pengadil Bias!

Pembangkang buta-buta diperbodohkan selama ini
Selama ini dia tak mengaku
Hari ini bila dah tersepit, terus terpacul dari mulutnya sendiri!

Jangan serang, saya juga penyokong kuat BN, kata bekas pengerusi SPR kepada Zahid
Published: 15 December 2014
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata kerajaan kini tidak popular dengan rakyat tetapi boleh diperbaiki, kerana beliau juga penyokong kuat Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2014.

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar jangan salah anggap dengan kenyataannya semalam menggesa Putrajaya tidak berbohong kepada rakyat.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata apa yang dikatakanya dalam mesyuarat agung Perkasa semalam adalah kerana mahu Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.
“Jangan serang saya kerana cuba bangkitkan sesuatu yang boleh menjatuhkan kerajaan.
“Saya penyokong kuat BN. Saya tidak mahu kerajaan ini jatuh kerana tiada kerajaan lain boleh memberikan pentadbiran lebih baik dari kerajaan ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Zahid hari ini mempersoalkan gesaan yang dibuat Rashid menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada menipu rakyat, yang berkemungkinan terdapat 'benda' yang tidak diperolehi naib presiden Perkasa itu.
Naib presiden Umno itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya.
"Semasa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu? Adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid.
Rashid berkata beliau tidak faham apa yang dimaksudkan Zahid kerana seelok-eloknya penjelasan yang lebih lanjut perlu diberikan.
Katanya, selepas menyertai Perkasa, tiada apa yang harus dibimbangkan untuk mengkritik kerajaan kerana tidak terikat dengan peraturan kakitangan awam.
“Apa sesuatu yang saya tidak dapat itu? Apa ada kaitan dengan benda itu semua? Marah kepada saya kenapa? Jelaskan. Jika kerajaan kamu kerajaan yang baik, jelaskan pada rakyat.
“Saya hanya bercakap mengenai rasuah. Bila rakyat bercakap tentang rasuah, mereka tidak menjelaskan dengan baik. Rakyat berterusan bercakap mengenai perkara ini. Dalam parti dia pun tidak ada bincang tentang ini.
“Ini kelemahan utama menyebabkan kerajaan ini tidak popular. Bila kerajaan tidak popular, mereka jatuh. Saya juga sayang dan salah seorang penyokong kerajaan BN. Saya mahu kerajaan BN kekal,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata Putrajaya perlu segera memperbaiki kelemahan kerana mereka mempunyai masa lebih kurang tiga tahun sebelum pilihan raya umum untuk mendekati rakyat.
Katanya, kritikannya itu tidak boleh dipandang ringan kerana sebagai bekas pengerusi SPR, pelbagai keluhan rakyat sudah didengar mengenai pemerintahan kerajaan semasa.
“Baiki kelemahan, rakyat akan kembali memberi sokongan. Saya buat kajian lapangan juga, bercakap dengan rakyat. Mereka tidak menyokong kerajaan sekarang.
“Najib di peringkat antarabangsa banyak melakukan perkara yang hebat. Kita boleh puji salah seorang perdana menteri yang terbaik dalam soal diplomasi. Tetapi di sini, beliau perlu memberikan perhatian kerana ini yang banyak diperkatakan rakyat.
“Maaf kalau orang tidak suka apa yang saya kata tetapi saya kata ini supaya pemimpin ini sedar apa yang tidak betul, dibetulkan. Tolonglah orang miskin di bawah, tengok rakyat hidup. Bukan suap-suap duit,” katanya. – 15 Disember, 2014.

4 comments:

  1. Lahanat ini masok kubur susah jugak nak tidur nyenyak....

    Kena bawak bekal panadol banyak2.

    Itu lah menongkat dunia...

    ReplyDelete
  2. Sial punya manusia
    Ingat neutral rupo2nya penyokong kuat BN jawab la nanti...

    ReplyDelete
  3. Nasib baik pilitik Malaysia bertaraf Zimbabwe dan Bangladesh. Jika di Eropah, kenyataan bekas pengurusi SPR ini akan menimbulkan skandal yang besar.

    Contohnya seorang pengadil bolasepak di England yang telah mengadili berpuluh puluh perlawanan liga EPL tiba-tiba mendedahkan bahawa beliau sebenarnya adalah penyokong tegar MU dan memang mahu melihat MU menang di setiap perlawanan.... kau orang ingat dia tidak akan dikecam atau digantung dari menjadi pengadil seumur hidup.

    Ini manusia jenis tidak beretika... Rashid yang tidak amanah ini sepatutnya menyimpan didalam hati akan sifat ketidakadilannya semasa diamanahkan supaya berlaku adil serta dibayar gaji dari wang rakyat sehingga mampos. Diakhirat barulah menjawab di hadapan Robbul Jalil.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa