Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 16, 2014

Apa Kata Korang? Aku Dah Naik Muak Dengan Puak-Puak Ni!

Bukannya nak cari persefahaman atau pupuk kejernihan untuk menambat hati rakyat
Tapi masing-masing tunjuk keras kepala tanpa usaha kompromi
Satu lagi siapa yang patut undur sebenarnya?

DAP boleh keluar Pakatan jika tidak selesa dengan PAS, kata Mohd Amar 
TMI - Published: 15 December 2014

PAS hari ini membidas DAP sambil menyarankan parti itu keluar dari pakatan pembangkang sekiranya ia tidak selesa dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata DAP dialu-alukan untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya ia tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.
"Kita (PAS) tidak akan keluar dari pakatan pembangkang. Kalau dia (DAP) tidak selesa dan rasa tidak boleh menang dengan pakatan pembangkang, mereka boleh keluar bila-bila masa.


"Tidak jadi masalah kepada kita dan kita tidak akan tukar perjuangan kita (laksanakan hudud), kita tak akan korbankan perjuangan semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang mahu pakatan pembangkang jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada PRU14.
Mohd Amar berkata DAP perlu menghormati perjuangan PAS yang selama ini ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
"Resolusi yang dibuat itu untuk DAP dan bukan untuk PAS, kita ada perjuangan kita sendiri dan mereka tidak boleh paksa kita.
"Ia (resolusi) adalah untuk anggota dan pemimpin mereka, DAP perlu hormat rakyat Kelantan dan perjuangan PAS kerana isu hudud ini dah wujud sebelum pakatan pembangkang wujud," katanya.
Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Disember ini. – Bernama, 15 Disember, 2014

2 comments:

  1. Orang orang PAS kan bahalol , tahap mentaliti rendah dan rata tata malan gaji kerja gomen yang dapat duit dari cukai2 business Cina.

    Bebudak bahalol mana afa nilai ekonomi , tau2 emosi saja.

    DAP tu orang orang nya bijak professional , jauh beza langit bumi banding dgn PAS. Satu bahalol , satu bijak.

    Apa lah PAS tanpa DAP dan PKR ???

    Sampah saja.

    ReplyDelete
  2. Jadi hang ni apa? Bagus sgt?..bro lu tunjuk jari kat muka sendiri dan katakan aku bahalol..berulang kali..aku yakin esok lusa bro akan jadi org yg paling bijak..dan dah xckp org lain bahalol..pikir2 kan..ok

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa