Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 4, 2014

Keling: Mula Aku Tak Ambil Pot, Tapi Tulisan Ni Buat Aku Tersengih.......

Gamat Pasal Zaidi sebut 'Keling' !?

Khamis, Disember 04, 2014

Gamat juga bila melayu Umno sebut 'Keling' atawa 'Kling' bro? sampai ada NGO buat laporan polis, bila Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Zaidi Mohd Said atas ucapannya yang didakwa menghina masyarakat India semasa perhimpunan Agung parti berkenaan minggu lalu.

Rupanya tak boleh sebut? aku pun tak paham bro ! pasai 'word' nie sudah jadi 'a common word' dah jadi biasa dalam masyarakat melayu menyebutnya 'tanpa prejudis' apa2 pun terhadap kaum yang dipanggil itu? bukan aku nak masuk sebelah mamat 'umno' nie..aku ngan umno nie mana boleh 'ngam' bro ! kena dok jauh2 sikit ! kah kah kah..mamat nie pun satu ! guna 'bahasa' pun tak kena tempat juga..kah kah kah

so n so..kalo macam tu ! Mesjid Kapitan Keling di Penang tu, Tanjung Kling di Melaka tu? kena tukaq nama laa bro ! kah kah kah. Manakala orang melayu zaman tok nadoq dulu panggil India tu sebagai 'Benua Keling' !

Dari segi sejarah, perkataan keling merujuk kepada Benua Keling bro ! itu makna asal penggunaan oleh orang2 melayu dulukala! Jadi apa masalahnya sekarang ini? kalau sekadar perkataan itu saja diungkapkan?  Aku tak nampak pun ada penghinaan atas masyarakat India di sini? 'Keling' berasal dari istilah Kalingga iaitu satu tempat di India Utara yg ramai penganut Islam..rujuk  ..Keling - Wikipedia...dan Kamus Dewan Kamus Kebangsaan !..

Ia jadi gamat nie? pasai Umno melalui wakilnya ini menokok tambah yang bukan2 selepas 'sebut' perkataan itu... kalo setakat sebut saja? tak ada masalah apa pun ! tapi yang dia dok perembang perendang tu laa yang boleh bikin kaum India ini 'feeling sick' bro ? kah kah kah...boleh lihat video ucapan perwakilan Ptg Pauh ini di bawah sekali !
Masjid Kapitan Keling - Georgetown - Malaysia


Pada tahun 1801, Kapitan Keling Kader Mydin telah memohon sebidang tanah dan mendapat kelulusan Francis Light untuk mendirikan sebuah masjid khusus untuk kegunaan masyarakat India Muslim.

Masjid yang dibangunkan oleh Kapitan Keling dinamakan sempena jawatan itu, iaitu Masjid Kapitan Keling. Masjid asal yang diperbuat daripada kayu digantikan dengan sebuah masjid konkrit dan lebih besar pada tahun 1916 dan nama Kapitan Keling dikekalkan.

Sekiranya perkatan keling itu jijik dan satu penghinaan, sudah tentu masyarakat India Muslim Pulau Pinang yang dirujuk sebagai masyarakat Keling, tidak sanggup untuk menamakan sebuah masjid sempena perkataan keling.

Oleh itu, saya tidak nampak sedikitpun penghinaan memandangkan masjid adalah rumah ibadat yang suci dan disebut sebagai Rumah Allah.

KUDA RANGGI

Pantai Tanjung Kling, Melaka
Sebut keling: NGO buat laporan polis ke atas ahli Umno
Published on 02 December 2014 

Beberapa NGO India yang bernaung di bawah Tamilar Action Force (TAF) 
akan membuat laporan polis di seluruh negara ke atas Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said. Ia berhubung perbahasannya semasa perhimpung agung Umno minggu lalu yang melabelkan masyarakat India sebagai ‘keling’.

Hari ini Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) menerusi setiausaha agungnya, S Barathidasan membuat laporan polis di Klang.

2 Dec 2014
NGO lapor polis 
kes Zaidi sebut 'keling'

Satu NGO akan membuat siri laporan polis ke atas ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Zaidi Mohd Said atas ucapannya yang didakwa menghina masyarakat India semasa perhimpunan Agung parti berkenaan minggu lalu.

NGO Tamilar Action Force (TAF) memulakan kempen itu dengan satu laporan polis di Klang pada petang ini.

“Ini bukan hanya demi masyarakat India, tetapi buat semua,” kata jururcakapnya, S Barathidasan kepada Malaysiakini.

Setiausaha agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) itu berkata, istilah “keling” yang digunakan oleh Zaidi dalam ucapan tersebut “menyakiti dan menghina” seluruh masyarakat India di Malaysia.

“Zaidi bukan hanya menghina masyarakat India tetapi juga (menjejaskan) keharmonian di negara," kata Barathidasan.

Beliau mendesak agar polis menyiasat Zaidi mengikut Akta Hasutan dan juga Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana "sengaja menghina dengan niat untuk menjejaskan keamanan”.

Katanya lagi, kenyataan Zaidi itu juga menunjukkan bahawa perwakilan Umno tidak menghormati komponen BN lain dan juga seruan pemimpin parti untuk tidak membangkitkan isu sensitif semasa perhimpunan itu.

Dalam ucapan kontroversi itu, Zaidi antaranya berkata:

“Kita amat tidak bernasib baik kerana kita kalah dengan amat teruk di kawasan kerusi parlimen... yang kerusi, DUN, kerusi, peti undi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Jadi ini menunjukkan bahawa Melayu Pulau Pinang tak kiralah mamak ke, keling ke, menyokong Umno di Pulau Pinang."..
Mkini - NGO lapor polis kes Zaidi sebut 'keling'

Bahagian 1 - 
Ucapan Penuh Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said 
di Perhimpunan Agung UMNO 2014 @DrNovandri

Untuk dengar perkataan 'Kling' tu ?
atawa jemu nak dengaq habis ?
Boleh lompat terus ke minit 7:40-7:45

Kah Kah Kah
bawa balik dari sini

10 comments:

  1. salam tuan, saya rasa ngo india nie betoi jugak , pasai depa orang india (hindu) depa cukup marah kalau kita panggil depa keling,geng mamak pulak cukup marah kalau kita panggil depa india (hindu).maaf cakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia marah atas sebab lain, tapi panggilan keling itu tetap tidak ada maksud menghina.

      Delete
  2. w'salam Anon 12:23PM

    A'ah....betul juga tu!

    ReplyDelete
  3. Saya amat alergik dgn Umno nih, terutamanya dlm hal kaum, agama, rasuah fitnah dan bermacam-macam lagi. Tetapi sebutan keling oleh tidak kira siapa pun orang itu, tidak ada unsur atau niat provokasi penghinaan. Maaf cakap, jika disebut 'barua gelap/hitam' contohnya untuk dirujuk kepada kaum keturunan India, itu barulah boleh dikategorikan menghina.
    Pelik sungguh, kenapa kaum India jadi marah jika dipanggil keling?

    ReplyDelete
  4. di utara kalu kata 'gempak keling' semua tau apa maknanya kah kah kah ! ABU !

    ReplyDelete
  5. Salam Mountdweller

    Semua pepatah Melayu yang ada "keling" juga tak boleh sebut.

    Apa kata gerombolan Pekasam?

    ReplyDelete
  6. Anon 1:28 PM

    A'aah...kan belah utara biasa dengan panggilan tu?

    ReplyDelete
  7. Amuraria

    Hang pun buat aku gelak juga!

    ReplyDelete
  8. W'sama Yong

    Ha..haa... pepatah tu kan lawak tetapi tepat!

    ReplyDelete
  9. Anon 1:44 PM

    Saja report buat gimik politik atau betul-betul salah faham

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa