Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 4, 2014

Tak Terperanjat Pun?

Sultan S'gor tarik balik gelaran 'Datuk Seri' Anwar
mk - 11:00AM - 4 Dec 2014

Gelaran Datuk Seri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianugerahkan padanya pada 1992 ditarik balik oleh istana Selangor.

Penarikan balik itu berkuat 3 November.

Kenyataan istana menyebut, pembatalan darjah kebesaran itu dibuat atas alasan Anwar mempersoal kewibawaan dan kuasa sultan dan institusi raja ketika krisis menteri besar sebelum ini.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran ini," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Semakan di laman web darjah kebesaran negeri mendapati, penarikan balik itu diwartakan pada 20 November.

Ketegangan dengan istana itu muncul apabila PKR sebelum ini bertegas untuk menamakan seorang calon pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun istana mahukan lebih nama.

PKR mencalonkan presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail walaupun istana akhirnya memilih timbalannya Azmin Ali sebagai menteri besar baru.

10 comments:

  1. Apa yg nak dihairankan dgn darjah kebesaran atau gelaran keturunan sekalipun yg hanyalah daki dunia itu, masa ditalkinkan nanti semua gelaran Tan Seri, Datuk Seri, Tun, Tengku, DYMM dsb tidak akan disebutkan dlm bacaan. Nasib Muhammad s.a.w. insan agung itupun tiada gelaran2 merepek ni.

    ReplyDelete
  2. Biarlah gelaran ditarik balik. Itulah dikatakan perjuangan. Rasulullah pun usah kata datuk atau tan sri. Haji pun baginda tak gunakan...

    ReplyDelete
  3. kah kah kah gelaran2 merepek ! lawak betul ! ABU !

    ReplyDelete
  4. Saya lebih suka Anwar tak bergelar Datuk atau Dato' Seri. Rakyat marhaen pun lebih senang panggil dia Anwar aje. Pemimpin yang hebat akan tetap hebat walaupun tanpa gelaran Dato atau Tan Sri!

    ReplyDelete
  5. Anwar Ibrahim bukan se orang yang menongkat langit , dan rakyat bangga ada anak Melayu yang bijak tahap Global Standard dapat ber diri megah confident sama rata dengan orang bijak pandai juga pemimpin dunia.

    Yang ada sekarang hanya lah orang orang bahalol.

    Anwar Ibrahim anak melayu kampong yang bersih bawa berita kebenaran , mengapa pula seluruh jentera kerajaaan takut pada nya ? Orang tidak ber fikir.

    Renungi lah.

    ReplyDelete
  6. Rakyat tak perlu terhutang budi pada mereka2 yang ada gelaran Dato', Tan Sri atau lain2 yang merepek nih. Hampir kebanyakan yang dapat gelaran dan darjah kebesaran ni hanya berjasa pada sipenganugerah saja.. rakyat tak ramai yang dapat merasai 'jasa' Dato', Tan Sri dan lain2 nih...mengabihkan beras saja...

    ReplyDelete
  7. Org kampung gua kt daerah batu pahat lg best....cite meletup satu kg dapat datuk..padahal beli...logik ker duduk kt johor dpt datuk dr negeri lain yg mmng terkenal jual datuk...bru jd org sukan da berlagak...ada org dtg minta surat sokongan nk wat operation di katanya aku byk keje lain la...sombong n bongkak...gua dgr mamat ni org kj...harap kj pilh org lain la..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa