Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 16, 2014

Kita Memang Parah

Pendedah maklumat diancam bahaya kerana mendedahkan sindiket pelarian Myanmar
Cecilia Jeyanthi VictorDis 16 2014

KUALA LUMPUR: Seorang pendedah maklumat Rohingya yang mendedahkan kewujudan sindiket menjual dokumen pelarian palsu telah mendapat kesusahan selepas dituduh mengancam dalang sindiket itu. 
Mohd Amin Selambulla ditahan pada 13 Disember dan telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pada hari berikutnya selepas ditahan semalaman di pusat tahanan polis Jinjang. 
Aktivis hak asasi manusia dan peguam, Siti Zabedah Kassim memberitahu Semut Harian bahawa ahli-ahli sindiket itu, yang juga warga Myanmar, telah membalas dendam terhadap Mohd Amin kerana mendedahkan aktiviti mereka. 
"Pihak yang membuat laporan polis terhadap Mohd Amin adalah ahli keluarga orang yang terlibat dalam penjualan dokumen-dokumen palsu bagi menyokong warga Myanmar yang mencari perlindungan," kata Siti Zabedah.
"Sebelum ini, Mohd Amin telah membuat laporan polis terhadap dua orang lelaki yang dipercayai terlibat dalam sindiket itu, dan saya fikir sekarang mereka sedang membalas dengam kepadanya," tambah beliau.
Laporan polis terhadap Mohd Amin menyatakan bahawa beliau telah didakwa membuat ugutan jenayah terhadap salah seorang daripada dua lelaki tersebut. 
Berikutan laporan Mohd Amin, kedua-dua lelaki ini telah ditangkap oleh pihak polis. Mereka telah didakwa mengenakan bayaran antara RM20-RM30 untuk mengemukakan dokumen palsu dan telah mengeluarkan sehingga 300 dokumen-dokumen tersebut setiap hari. Dokumen-dokumen ini kemudiannya digunakan oleh warga Myanmar di sini untuk mendapatkan kad pelarian yang dikeluarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB. 
Mohd Amin juga telah membuat laporan polis berhubung tuduhan palsu yang dibuat terhadapnya.
Baru-baru ini, sebuah program Al-Jazeera mendedahkan bahawa masyarakat pendatang membayar dari RM1,700 kepada RM3,500 bagi setiap kad pelarian, dan mendakwa bahawa ia telah dijalankan oleh pegawai-pegawai UNHCR.
Dalam sebuah respon kepada dakwaan Al-Jazeera, jurucakap UNHCR Malaysia, Yante Ismail berkata agensi itu mempunyai "dasar toleransi sifar" kepada rasuah yang melibatkan mana-mana proses atau individu atau organisasi yang bekerjasama dengannya.
Beliau seterusnya berkata dalam satu kenyataan bahawa UNHCR "memandang serius dakwaan-dakwaan rasuah, menyiasat mereka secara menyeluruh dan, di mana terdapatnya bukti tentang salah laku, mengambil tindakan tegas".
Beliau mengingatkan pelarian bahawa perkhidmatan UNHCR adalah ditawarkan kepada mereka secara percuma, dan mereka perlu melaporkan sebarang salah laku.

1 comment:

  1. Mohd Amin Selambulla ini pernah kluat TV Al Jazeera dokumentari pasal orang2 Myanmar di Malaysia.

    Amin buka klass agama tuk anak3 orang myanmar ber pusat di Selauang kot.

    Banyak orang orang kita dapat sudah buat duit dalam seludup ini.

    Biasa lah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa