Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 16, 2014

Satu Lagi Kumpulan Yang Mengancam Kita

Bahaya ancaman kumpulan Sakera Madura
OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 16 DEC 2014 
Parang sabit merupakan senjata ritual ahli kumpulan Sakera Madura

Pada bulan lepas, perisikan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan telah mengesan kegiatan kumpulan yang terdiri daripada warga Indonesia, Sakera Madura.
Kumpulan itu dikatakan menggunakan lambang, etika dan ritual tersendiri sebagai ahli kumpulan.
Menurut sumber, ahli-ahli kupulan itu dikesan terdapat di Mantin, Pajam, Nilai, Kajang, Serdang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Difahamkan, ahli-ahli kumpulan itu memegang prinsip "Budi Harus Dikenang, Dendam Harus Dibalas". Lebih menakutkan, ahli-ahli disyaratkan perlu memiliki dua bilah sabit sebagai tanda kesetiaan.
"Selain itu, beberapa ahli kumpulan Sakera Madura turut menganggotai kumpulan Ketombe 86/96 yang kehidupan mereka sentiasa terlibat dengan arak, dadah dan seks bebas sesama ahli.
"Mereka cenderung bergembira, khayal dan mabuk dan mengagung-agungkan lambang salib meskipun tidak semua mereka beragama Kristian," kata sumber yang sama di sini baru-baru ini.
Terbaru, ada dalam kalangan kumpulan berkenaan berani melarikan seorang gadis 17 tahun dari Mantin dan membawa gadis berkenaan ke Kuala Lumpur.
"Perkara ini dikesan Jabatan Imigresen ekoran aduan bapa gadis berkenaan dan laporan polis yang dibuat dan ia melibatkan anak seorag imam surau di satu kawasan perumahan.
Siasatan mendapati anak gadis sunti itu dilarikan pada 3 November lalu dan di bawa menaiki komuter ke Bandar Utama, Damansara melalui komuter.
Bagaimanapun, akhirnya gadis berkenaan telah dilepaskan pada 13 November lalu.
"Kegiatan kumpulan samseng dari negara jiran itu boleh menjejaskan keselamatan pegawai imigresen terutamanya apabila membuat serbuan di rumah-rumah kongsi terutamanya jika ada orang Indonesia keturunan Madura.
"Kadangkala ada ahli kumpulan itu yang mabuk akan mengambil tindakan agresif ke atas pihak berkuasa. Jika tindakan tegas tidak diambil, dikhuatiri kumpulan ini akan lebih berani termasuklah melakukan kekerasan ke atas rakyat Malaysia jika kehendak mereka terhalang," katanya.
Selain itu, anak-anak muda terutama perempuan dibimbangi terus menjadi mangsa dan diperbodohkan bagi mendapat kepuasan seksual.
Ahli-ahli kumpulan itu boleh dikenali melalui pemakaian rantai dengan satu huruf, memakai baju dengan lambang tulisan Sakera Madura lukisan warna merah, tengkorak dan ada dua bilah parang sabit.
Mereka juga gemar memakai celak dan berambut panjang.
"Bagi mereka, menyimpan parang sabit dengan cara memuliakannya dan dibungkus rapi serta dipuja-puja," ujarnya.-- MalaysiaGazette

5 comments:

  1. Dah datang merempat susah cari mentekedarah dinegeri sendiri, sampai sini buat kelaku kurang ajar, indon memang bangsat tak sedar diri.
    Salah sapa semua ni? Kerajaan la, sapa suruh bagi izin mereka bebas kalau bukan kerajaan?

    ReplyDelete
  2. Undang2 pencegahan dhapuskn konon langgar hak asasilh. Kini merungut pula kenapa gejala ini brlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ISA asyik dok tangkap org malaysia je.. bknnya org asing..

      Delete
  3. Pendatang datang be banyak sebab orang orang kita nak buat duit kaya ber gaya cepat.

    Dah ketua besar nya bahalol , anak bush ikut2 saja bah.

    ReplyDelete
  4. Kita kan ada PERKASA yang akan membela orang melayu. Tengok muka sembab Presiden dia saja orang Madura lari lintang pukang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa