Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 11, 2014

'Kumpulan ini rendah standard, kurang berpendidikan' - Melayu ternama

'Melayu ternama' hentam PERKASA, ISMA
mk - 2:23PM - 11 Dec 2014

Seorang daripada 25 bekas penjawat awam kanan yang menulis surat terbuka meminta perdana menteri menunjukkan kepimpinannya terhadap kumpulan sayap kanan yang tiada toleransi, melontarkan kritikan pedas pada PERKASA dan ISMA.

Sinchew Daily melaporkan, bekas duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin (bawah) membidas dua NGO itu kerana melakukan serangan peribadi, bukan berdebat mengenai perkara dibangkitkan dalam surat itu.
Katanya, jika tuntutan ISMA dan PERKASA bahawa mereka mewakili sebahagian besar Melayu adalah benar, barulah ia perlu diberi perhatian.

"Ini kerana kedua-dua kumpulan ini dengan jelas rendah standard, kurang berpendidikan, tidak berupaya melihat sikap perkauman mereka, tidak bertolak ansur, taat membuta tuli, dan memusnahkan masyarakat di negara kita," katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.

Dalam laporan itu, beliau berkata semua 25 bekas penjawat awam terlibat amat bimbang jika ekstrimis dan fanatik agama tidak dipantau.


1 comment:

  1. Betul kata kata Melayu Elit.

    Melayu melayu yang tak nak maju akan terus jadi bahalol benggap dan harap mentedarah harta rakyat dengan percuma saja.

    Bukan semua Melayu elit dari golongan bangsawan bahalol dulu kala ; banyak anak anak Melayu dulu sudah ubah mentaliti dengan kerja kuat dan pendidikan menjadi professional terus ubah gaya hidup dan pemikiran.

    Apa kan daya orang orang malas bahalol akan terus bangga menjadi manusia tiada nilai ekonomi , atau bahasa pasar , sampah masyarakat.

    Orang orang ada duit tidak akan menipu mereka yang tiada duit , terutama hasil duit dari kerja keras berkat tanpa rasuah.

    Allah SWT maha adil.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa