Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 13, 2014

Mesyuarat Majlis Pimpinan PR bulan ini batal pulak!

Mesyuarat Majlis Pimpinan PR bulan ini tak jadi - Azmin
OLEH ARIF NIZAM ABDULLAH DI KINRARA - 13 DEC 2014
Mohamed Azmin (kanan) bermesra bersama peniaga buah-buahan semasa hadir ke Program Jejak Masyarakat Mesra Rakyat di Pasar Pagi Seksyen 1, Taman Kinrara, Puchong pada 13 Disember 2014. Foto : FAREEZ FADZIL.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali membayangkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) masih gagal mengadakan mesyuarat lagi pada bulan ini walaupun sudah enam bulan tidak bermesyuarat.
Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun optimis pertemuan akan diadakan juga pada satu tarikh yang sesuai tidak lama lagi.
“Datuk Seri Anwar (Ibrahim) telah keluarkan kenyataan semalam. Kita akan jumpa juga nanti. Bulan ini banyak cuti. Kita semua kerja keras untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Pasar Pagi Taman Kinrara di sini hari ini.
Azmin mengulas kenyataan Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang sudah memaklumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang mesyuarat yang akan membincangkan agenda PR.
Kenyataan Anwar itu ekoran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang menyatakan kebimbangan kerana kali terakhir PR bermesyuarat adalah enam bulan lalu.
Menurut Kit Siang, bukan rahsia lagi sesuatu tidak kena dalam PR dan menyebabkan Majlis Pimpinan PR tidak mampu mengadakan mesyuarat sejak enam bulan lalu untuk memastikan kerangka dasar bersama disepakati.
Lebih memburukkan keadaan, Hadi juga dikatakan sudah tidak hadir ke mesyuarat yang sama hampir setahun sejak krisis MB Selangor bermula sehingga ia berakhir pada September lalu.
Sementara itu, Mohamed Azmin turut mengulas lanjut mengenai penolakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias sebagai Ketua Pembangkang Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Negeri.
“Kita bagi BN (Barisan Nasional) jawatan Pengerusi PAC maknanya kita menghargai mereka dengan memberi jawatan itu. Jadi mereka kena terima, tidak ada isu personal dan kita mahu bekerja sebagai satu kumpulan dan bekerjasama untuk jalankan tanggungjawab kepada rakyat.
“Kita bagi peluang dia tidak mahu. Ini adalah amalan dalam negara demokrasi di mana kita memberi jawatan Pengerusi PAC itu kepada ketua pembangkang,” katanya.

1 comment:

  1. Angkoh Bongkak Sombong , itu tanda kejatuhan orang orang Bahalol.

    PR tanpa presiden Bahalol pasti dapat menang PRU14

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa