Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 1, 2014

PAS Ganu: Lagi Dari Abe Awang Malaya

Bende ni aku sendiri tak tahu sebab aku tak ambil tahu!
Di bawah ni cerita dari Abe Awang 

Abe Awang Malaya
13 hrs · Edited ·

Dewan Undangan Negeri Terengganu mempunyai 32 kawasan DUN diwakili oleh 17 UMNO, 14 PAS, 1 PKR.... Di atas kertas, ini adalah kerajaan yang memerintah dengan simple majoriti yang mana kedudukannya paling genting dan menjadikan BN Terengganu adalah kerajaan yang paling tidak stabil dalam dunia.... Sepatutnya begitulah, sekurang-kurangnya, kalaupun tidak mahu mengatakan sebenarnya BN telah kalah... Pengulas politik kedai kopi kata, dengan segala kuasa yang ada pada BN, dengan perjalanan pilihanraya dan proses pengundian yang sangat berat sebelah, setara itu pun BN cuma mampu memerintah dengan kelebihan 2 kerusi, kira kalah lah tu...!

Tetapi pada hakikatnya, apa yang sebenarnya berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, kedudukan ADUN ialah BN 17 dan PR (pembangkang) hanyalah 2 orang, iaitu, YB Azan Ismail (PKR Bandar) dan YB Syed Azman (PAS Batu Buruk).... Yang betul-betul membangkang kelemahan dan kesilapan kerajaan BN, yang berbahas dan menegur, nak bertempik tunggang terbalik pun, 2 orang Adun inilah saja.
Jadi, di manakah 13 orang Adun PAS yang lain....?
Kalaupun tidak mahu mengatakan tunggul kayu yang tidak ada fungsi sama sekali dan hanya makan gaji buta, lebih lunak jika dikatakan mereka ialah lebai-lebai PAS mesra UMNO yang lagaknya seperti kaduk naik junjung.
Menteri Besar Terengganu, namanya Razif.... Saya diberitahu, Razif meminta semua Adun BN supaya 'jangan tekan PAS sangat'.
Apa maknanya tu...?
Maknanya, bagi UMNO, PAS bukan ancaman utama mereka..... Kerana tok lebai sekarang sedang mabuk asmara dengan UMNO hingga sanggup curang dengan Pakatan Rakyat.
UMNO melayan telatah lebai walak PAS sama seperti jantan romeo sedang main tepuk amai-amai dengan seorang bohsia.
Sebagai anak jati Terengganu, saya ingin memberitahu suatu hakikat tentang sikap rakyat Terengganu terhadap politik yang sering disalah-anggap oleh orang luar.... Sebenarnya, majoriti rakyat Terengganu terdiri dari orang-orang yang cerdik dan celik politik..... Rakyat Terengganu bukan suka sangat sokong UMNO, tetapi mereka lebih tidak percayakan PAS...!! Itulah sebabnya BN terus berjaya mengekalkan pemerintahan di Terengganu.... Rakyat Terengganu meragui kemampuan PAS untuk mentadbir negeri.... Pengundi Terengganu meragui keikhlasan tok lebai PAS dalam berpolitik.
*Peringatan kepada pewalak, tolong jangan tanya soalan bodoh 'siapa yang beritahu' saya tentang permintaan Menteri Besar kepada ADUN BN Terengganu itu.
LikeLike ·  · 

3 comments:

  1. Dah agak dah hanya yb syed azman dan yb azan yang bukan pakatan UG.Memang lobai2 pas terutama pj yb sampul bahari mamat orang kuat UG. Sebab tu tuang pesideng bermati2 pertahankan tski yang telah dibuang dari pkr.sokong orang tak da parti satu keja gila.idup pas ganu kite dengan konsep UG

    ReplyDelete
  2. Abe

    Sumber ambo di Terengganu pun bagitau benda yang sama yang ditulis oleh Abe Awe Malaya.

    Sedih tetapi itulah hakikat yang ada. Dari kelompok tempatan, g3ng UG Ganu ini cuba 3ksport perangai mereka ke negeri-negeri lain dan peringkat PAS nasional.

    Satu perkara yang kita kena jelas betul-betul. Pertama tindakan tok lebai2 Ganu ini bertentangan dan melanggar dasar tahalul siyasi PAS yang sedang berjalan.

    Kedua, puak ini main secara orang pondan. Mereka tidak berani membawa agenda mereka s3cara terang-terangan. Kita tidak pe4nah dengar mereka menghebahkan agenda mahu membawa PAS bekerjasama dengan UMNO s3cara terang-terangan. Kalau mereka mempunyai dalil dan nas yang syarie, tidak sepatutnya mereka menyorot dan buat kerja secara orang pondan. Kita kena ingat, mereka ini l3bih faham ugama dari kita.



    Mereka lebih gemar melakukan sabotaj secara terlindung. Mereka tidak berani memperjuangkan agenda mereka didalam PAS s3cara terang dan berdepan.Bila ada peluang dia orang akan cah keting sesiapa yang tidak bersetuju dengan mereka di dalam parti.

    Sebenarnya k3wujudan PasMa kena pada masanya untuk berhadapan s3cara berdepan dengan puak-puak baling batu sembunyi tangan.

    ReplyDelete
  3. bat8 dan 1Crony

    Maknanya mereka ini jenis pembohong dan penipu yang pondan!

    Syang menjatukan darjat serban dan ketayap!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa