Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 9, 2014

Pengakuan seorang aktivis: Korang Baca Dan Nilai

Pengakuan seorang aktivis
Mariam Mokhtar10:00AM Dis 08 2014

SUARA LANTANG: Jika saya tidak pergi bekerja di Borneo, saya tidak akan didedahkan kepada ketidaksamaan sosial, mahupun menulis tentangnya. Sabah dan Sarawak telah membuka mata saya.
Negeri-negeri ini kaya, tetapi penduduknya miskin. Kuasa dan kekayaan dimiliki hanya beberapa individu. Saya kembali menulis kepada akhbar apabila wanita-wanita Penan dirogol oleh pembalak-pembalak di Sarawak. Sehingga hari ini, tidak ada keadilan bagi anak-anak gadis ini.
Kerajaan sahaja tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi masalah-masalah yang melanda Malaysia. Kita juga perlu dipersalahkan. Kita membenarkan rasa takut kita untuk digunakan, oleh kerajaan, bagi memanipulasi kelakuan kita.
Pertama-tamanya, kita berdiam diri bagi melindungi periuk nasi, atau bagi mendapatkan tender kerajaan. Daripada menyingkirkan pegawai yang rasuah, kita berhajat untuk mengambil tempatnya. Modus operandi kerajaan adalah rasa takut. Kita juga didorong oleh rasa tamak.
Kedua. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan saya adalah produk sekolah mubaligh – St John’s Institution dan sekolah Convent. Ada salib di sekolah kami, dan Lord’s Prayer dibacakan sewaktu perhimpunan pagi. Kedua-dua Najib dan saya masih beragama Islam. Mengapakah golongan pelampau menganggap orang Melayu begitu sensitif?
Orang-orang bukan Islam yang tinggal berhampiran dengan masjid dikejutkan oleh azan setiap pagi. Saya tidak fikir yang ada antara mereka telah menganut agama Islam. Jadi, mengapakah kerajaan dan pelampau Islam berfikir bahawa orang Melayu biasa tidak boleh melihat salib atau mendengar ‘hymn’, tanpa mahu menganut agama Kristian? Mereka bimbang bahawa hanya seteguk air dari botol yang mengandungi imej Dewa Murugam, akan membuatkan orang Melayu menganut agama Hindu.
Ketiga. Di kebanyakan negara-negara Barat, kita menikmati peluang-peluang pendidikan dan pekerjaan, dan yang paling penting, kebebasan bersuara. Dua orang anak muda Malaysia, Ali Abdul Jalil dan Alvin Tan, terpaksa memohon suaka di Sweden dan Amerika. Mereka mengkritik tiga perkara di Malaysia – kaum, agama dan raja. Mereka menghadapi risiko dihukum, kerana bercakap benar. Kerajaan takut bahawa Ali dan Alvin akan mula membuat rakyat berfikir dan mempersoalkan motif kerajaan.
Keempat. Setelah Ali dan Alvin melarikan diri ke barat, mereka boleh membantu menyebarkan berita bahawa Malaysia bukanlah syurga pelancong yang Tourism Malaysia mahu anda percaya. Hari ini, Presiden Obama, Perdana Menteri Cameron dan Presiden Perancis Hollande hanya berminat dengan dompet terbuka Najib. Mereka tidak pedulikan kejadian pencabulan hak asasi manusia di Malaysia. Mereka hanya bimbang mengenai ekonomi British, Amerika atau Perancis dan perbelanjaan besar Najib yang akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk negara-negara barat.
Kelima. Jika bahasa yang digunakan Ali dan Alvin adalah kasar, jadi mengapakah bahasa ahli-ahli Perkasa, dan menteri-menteri seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, atau Najib, yang berkata mereka mahu melihat darah orang-orang Cina mengalir di jalanan, boleh diterima?
Keenam. Rakyat Malaysia mahukan perubahan tetapi ini tidak harus mengorbankan nilai-nilai kita. Kumpulan-kumpulan yang muncul menyokong pembangkang, kerana peluang perniagaan yang mungkin ada, perlu dielakkan.
Beratus-ratus ribu orang pelajar kita pastinya telah pulang. Bagaimanakah mereka menggunakan pengalaman mereka hidup di negara-negara yang berbilang kaum, ke tanah air mereka?
Ketujuh. Komuniti-komuniti Malaysia di luar negara berkelakuan seperti di Malaysia. Kaum-kaum berlainan tidak akan bersosial, melainkan apabila mereka menghadiri majlis makan percuma Hari Raya atau sambutan Hari Merdeka. Ahli-ahli parti-parti berbeza juga tidak akan bercampur.
Kelapan. Mana-mana orang Melayu yang hadir dalam majlis anjuran pembangkang di luar negara, akan disyaki menjadi ejen Cawangan Khas. Dia mungkin ahli yang tidak bersalah dan peserta sebenar, tetapi dia dicop sebagai SB. Adakah ia menghairankan yang dia mengelakkan pertemuan-pertemuan ini? Orang Melayu bukan puncanya semata-mata, orang-orang bukan Melayu mesti turut berkongsi tanggungjawabnya.
Kesembilan. Kita diberitahu bahawa orang Melayu enggan menghadiri ceramah-ceramah pembangkang yang diadakan di luar negara, kerana mereka tidak mahu kehilangan biasiswa mereka. Mengapakah pakar undang-undang kita tidak mencabarnya di mahkamah-mahkamah Malaysia? 
Kesepuluh. Setiap orang harus menggalakkan perbincangan antara rakan-rakan Malaysia mereka dan membantu menggerakkan Malaysia ke hadapan. Pelajar-pelajar Malaysia berpotensi menjadi aktivis, tetapi keperluan golongan profesional berbeza daripada para pelajar. 
Ramai di antara kita yang hidup melalui era Mahathir, mendapati yang adalah sukar untuk meyakinkan generasi muda Malaysia bahawa Mahathir membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan. Pelajar-pelajar akan menyebut Menara Berkembar Mahathir dan mengatakan bahawa ini melambangkan kekayaan dan kemajuan. Tidak! golongan gelandangan KL hidup dalam bayang-bayang Menara Berkembar. Petronas ditempatkan di bangunan pencakar langit ini, dan akaunnya tidak telus. Menara Berkembar adalah simbol keruntuhan dan rasuah.
Mesej saya adalah aktivisme merupakan usaha berpasukan. Kita tidak boleh menukar Malaysia secara berseorangan. Kita mesti mencari peluang untuk berinteraksi antara satu sama lain, untuk mencuba dan memulihkan Malaysia, yang nenek moyang kita alami dahulunya. Ada keselamatan dalam jumlah yang ramai. Jangan jadi pemerhati. 
Mariam Mokhtar merupakan “seorang rakyat Malaysia yang berani kerana benar”.

2 comments:

  1. melayu akan ingat sampai mati pengkhianatan mamak kutti pada melayu & islam ! mamak mudah lupa konon ramai boleh ganti najib tapi lupa diri sendiri lebih teruk ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Umno banyak damage masa Anwar duduk dalamnya, masalahnya org2 umno skrg terus juga legacy dia, dah jadik budaya. Twin tower milik petronas, bukan kerajaan sgt. Yg korup tak disingkir, tah apa yg ditakut sangat. Kita ni mmg byk takut sgt, takut hantu, takut pantang, takut ape2 la.

    Asasnya umno-pkr sama je, orangnya pun pusing2 kat situ juga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa