Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 4, 2014

RCI: Nama Pun Dah Jadi Terbelit Pulak!

# aku tambah - difference between the two. Enquiry means to ask a question, and inquiry is a formal investigation

Kekeliruan bila RCI jadi s'jaya siasatan
Wujud kekeliruan apabila para pegawai mendakwa bahawa pesuruhjaya yang ditugaskan menyiasat kehadiran pendatang di Sabah bukan sebahagian daripada sebuah 'Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)' walaupun disebut demikian sejak ditubuhkan pada Januari tahun lepas.

Sebaliknya, wartawan diberitahu oleh urusetia suruhanjaya itu bahawa ia perlu dirujuk sebagai "suruhanjaya siasatan (CI)" saja.

Ditanya mengenainya kemudian, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata: "Gunalah apa saja yang ditulis pada tajuk laporan itu."

Apabila diberitahu bahawa laporan 376 halaman bertajuk 'Commission of Enquiry' bukannya 'Commission of Inquiry', Abdul Gani secara berseloroh berkata ia seharusnya dibincang dalam pelajaran Bahasa Inggeris.

Menambah lagi kekeliruan tersebut, Abdul Gani, ketika bercakap kepada media kemudiannya, juga menyebut suruhanjaya itu sebagai 'RCI' manakala setiausaha suruhanjaya itu, Saripuddin Kasim diperkenalkan dalam sidang media itu sebagai 'setiausaha RCI'.

Tetapi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, yang mengumumkan laporan itu di Kota Kinabalu petang ini, tidak menggunakan perkataan 'diraja'.

Perkataan itu tidak disebut pada tajuk kulit laporan tersebut, tetapi dalam laporan itu, pesuruhjayanya merujuk diri mereka sebagai anggota RCI.

Sama ada ia suruhanjaya 'diraja' atau sebaliknya, Ali berkata ia ditubuhkan di bawah Seksyen 2 (1)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang mengkehendaki pesuruhjaya dilantik oleh Yang di-Petuan Agong.

Laporan itu telah dikemukakan kepada baginda pada 5 Mei manakala perdana menteri telah membentangkannya kepada kabinet pada 7 Julai. - mk

2 comments:

  1. Berusaha benar mereka memutar belit untuk melepaskan pesalah yg merosakkan kedaulatan negara ini, almaklumlah bukan orang lain tetapi kroni mereka. Persisnya mereka diupah untuk tidak bertindak telus.

    ReplyDelete
  2. Mereka diupah untuk melindungi jenayah paling buruk dalam dunia. ...menjual kewarnegaraan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa