Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 10, 2014

Rumah Sendiri 'Kube-Lembe', Nak 'Ranyau' Rumah Orang!

Mahfuz layak ganti Abdul Hadi terajui PAS – Syed Ali
 | December 10, 2014
Bukan perkara pelik dan bukannya isu, pemimpin pergi silih berganti tetapi kelangsungan perjuangan UMNO dan negara tetap diteruskan.
Mahfuz PasPETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini membidas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menggesa Tun Dr Mahathir Mohamd menamakan calon yang layak menggantikan Perdana Menteri.
Katanya, PAS sengaja cuba ‘menangguk di air keruh’ berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu menerusi laporan Sinar Harian baru-baru ini bahawa ramai yang layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Mahfuz tidak perlu memanipulasikan kenyataan Tun M dan tidak ada kewajaran untuk beliau mencampuri urusan UMNO,” katanya menerusi entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com.
Jelasnya, sesiapa sahaja termasuk Tun M boleh bercakap mengenai pengganti Najib kerana jawatan Perdana Menteri bukan milik individu dan UMNO sudah melalui zaman peralihan kuasa.
“Bukan perkara pelik dan bukannya isu, pemimpin pergi silih berganti tetapi kelangsungan perjuangan UMNO dan negara tetap diteruskan.
“Itu perkara lumrah dalam parti, sama juga dengan persoalan siapa pula yang bakal menggantikan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS,”? soal beliau.
Dalam PAS tambah beliau, ramai yang berkelayakan untuk dipilih sebagai presiden parti menggantikan Hadi termasuk Mahfuz.
Katanya, semasa era pemerintahan Tun Hussein Onn, ramai yang beranggapan dan membuat andaian kononnya Tengku Razaleigh Hamzah atau Tun Ghafar Baba sebagai penggantinya.
“Tetapi akhirnya yang dipilih adalah Tun M dan Tun Musa Hitam (timbalan) dan ahli-ahli UMNO berlapang dada menerima keputusan tersebut, malah parti menjadi bertambah kukuh,” jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mendakwa ‘perang dingin’ PAS-DAP membuktikan pakatan pembangkang sedang menuju kehancuran. DAP kata beliau, mula mencurigai terhadap kejujuran PAS dalam pakatan pembangkang.
“Kedua-dua parti itu sedang bertelagah, ini menunjukkan mereka hanya mengutamakan agenda politik daripada kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau sekali lagi mencabar PAS supaya segera keluar daripada pakatan pembangkang jika benar parti itu masih mempunyai kredibiliti dan tidak hanya pandai berkokok tetapi takut kepada DAP.

5 comments:

  1. Jangan kubang BABI dah ler...krn mereka org lain kene samak.

    ReplyDelete
  2. aku sokong pendapat Syed Ali tentang sekiranya pas ada krediabilti keluarlah dari Pakatan dan berjuanglah sendiri atau bergabung dengan umno,pasti melayu dan islam kukuhhhhhh.

    ReplyDelete
  3. aku sokong pendapat Syed Ali tentang sekiranya pas ada krediabilti keluarlah dari Pakatan dan berjuanglah sendiri atau bergabung dengan umno,pasti melayu dan islam kukuhhhhhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9:44

      Islam tidak akan kukuh jika PAS keluar PR dan bergerak tinggi. Untuk melaksanakan kerja mengukuhkan Islam di negara ini, PAS perlu menguasai institusi-institusi ugama yang menjadi sebahagian dari jentera kerajaan pusat.Institusi2 ini yang m2mpunyai kuasa pe4undangan untuk melaksanakan kerja-kerja memaju dan m3mperkukuhkan Islam. Ia berkait dengan bidang kuasa yang diberi oleh perlembagaan dan perundangan n3gara. Salah satu institusi ters3but ialah JAKIM.

      Jika PAS menjadi kerajaan persekutuan secara mutlak, mungkin PAS bol3h melaksanakannya dengan cemerlang.Sekarang UMNO yang mendominasi kerajaan pers3kutuan sejak merdeka.

      Jadi, jika sdra berkata PAS bol3h mempe4kukuhkan Islam dengan keluar PR, stat3m3nt ini membawa kita kepada 2 persoalan pokok t3ntang Islam di Malaysia.

      Pertama, kedudukan Islam sekarang tergugat dibawah UMNO sebagai partner terbesar didalam kerajaan sejak merdeka. Kedua, UMNO tidak pernah menjadikan Islam itu salah satu ag3nda utamanya sebagai tunggak kerajaan sejak merdeka. Malah UMNO s3ndiri mengkhianati perjuangannya sendiri untuk orang melayu dan Islam lah. Sedangkan UMNO m3nguasai semua institusi-institusi ugama didalam jentera kerajaan sejak dari merdeka.

      Sdra perlu berhati-hati dan berfikir panjang bila mengaitkan Islam dalam usaha sdra untuk menabur dan m3nanam perasaan benci kepada PAS kerana ia akan m3ngaitkan UMNO s3ndiri!

      Jadi sdra kena faham apa maksud Najib bila m3ngatakan bloger-bloger UMNO bangang. Kom3n sdra nilah satu contoh yang mudah.......

      Delete
  4. Orang orang PAS bahalol tidak matang ber fikir luar dari kotak bakul.

    Itu sebab cakap pun macam bakul ; bahalol.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa