Udang karang seberat 5.4 kilogram ini ditangkap oleh Galante ketika sedang menyelam di Pulau Anacapa di California, Amerika Syarikat pada 6 Oktober lalu.
SACRAMENTO, Amerika Syarikat – Seorang ahli biologi di sini berjaya menangkap seekor udang karang seberat 5.4 kilogram yang dipercayai mungkin berusia 70 tahun.
Ahli biologi tersebut, Forrest Galante, 26, menangkap udang karang itu ketika menyelam di Pulau Anacapa yang terletak di negeri California pada 6 Oktober lalu.
Katanya, dia terkejut melihat saiz udang karang berkenaan yang sangat besar dan mengambil keputusan untuk membawa haiwan itu pulang ke rumah.
“Berdasarkan berat dan saiz udang karang ini saya menganggarkan ia berusia hampir 70 tahun.
“Sangat menakjubkan kerana udang karang ini mampu hidup lama walaupun bilangan haiwan itu semakin berkurangan akibat tangkapan berlebihan,” katanya.
Menurutnya, dia telah melepaskan udang karang itu di sebuah taman laut di sini di mana semua aktiviti perikanan tidak dibenarkan. – sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa